Khamis, 15 November 2012

Ditikam lepas tegur penceroboh


Ditikam lepas tegur penceroboh
MARANG - Gara-gara buah durian, seorang pemuda berdepan detik mencemaskan apabila ditikam di lengan kirinya selepas menegur dua lelaki mencurigakan yang menceroboh kebun durian milik keluarganya di Bukit Sungai Serai kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa, Razak Ismail, 29, cedera di lengan kiri dan menerima tiga jahitan akibat tikaman tersebut.

Razak berkata, setibanya di kebun durian keluarganya itu, dia terserempak dengan dua lelaki lingkungan 30-an dalam keadaan mencurigakan berada di dalam kebun durian itu, dipercayai ingin mencuri buah durian.

Bayang pencuri dalam bilik


Bayang pencuri dalam bilik
MARANG – "Saya terkejut apabila melihat pencuri itu memegang pisau dan cuba keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri,” kata Mohd Jailani Jaafar, 41, dari Rusila di sini, selepas menyedari ada seseorang memasuki bilik utama rumahnya, semalam.

Sebelum kejadian kira-kira jam 9.05 pagi, kakitangan Telekom Malaysia (TM) itu berkata, dia tidur di ruang tamu rumah namun tersedar apabila terlihat bayang orang dipercayai pencuri memasuki bilik utama bersebelahan rumah tamu rumahnya itu.

“Pencuri itu nekad sebab dia masih meneruskan niat untuk mencuri dan memasuki bilik itu walaupun dia melihat saya tidur di ruang tamu. Kehadiran pencuri itu disedari apabila saya tersedar lalu terlihat ada bayang melintas masuk ke dalam bilik,” katanya.

Pakai kopiah elak dikesan


Pakai kopiah elak dikesan
KOTA BHARU- Menggunakan taktik memakai kopiah dan berpakaian sopan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa, tiga lelaki memecah masuk sebuah premis kereta terpakai di Jalan Lundang, di sini, kira-kira jam 6 pagi kelmarin.
Bagaimanapun penjenayah terbabit yang menaiki kereta jenis Honda City berwarna kelabu berjaya melarikan diri selepas menyedari kehadiran pemilik premis itu bersama beberapa anggota polis.
Pemilik kedai berkenaan, Othman Mohamad Noor, 41, berkata, salah seorang penjenayah itu memakai kopiah di kepalanya bertindak mengumpil pintu kereta bahagian pemandu namun gagal melarikan kenderaan pacuan empat roda yang diparkir di bawah garaj kereta itu selepas menyedari kehadirannya.

Rabu, 14 November 2012

KPN: Tiada kompromi anggota terbabit dalam jenayah


SEPANG - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap anggota dan pegawainya terbabit dalam jenayah termasuk rogol.  
   
Mengulas mengenai tiga anggota polis yang didakwa merogol seorang wanita rakyat Indonesia di Perai, Pulau Pinang, Jumaat lalu, Ismail berkata pihaknya telah menggantung tugas ketiga-tiga anggota berkenaan sementara menunggu pendakwaan.
   
Ketiga-tiga mereka kini ditahan reman dan laporan siasatan ke atas mereka telah diserahkan kepada pendakwa raya, katanya.  
   

Isnin, 12 November 2012

Penduduk demo bantah judi


Penduduk mengadakan demonstrasi aman di hadapan premis perjudian internet dekat Taman Mentakab Indah
Temerloh – Jika semalam, Sinar Harian menyiarkan penduduk Kampung Kurnia, Kuantan berhimpun di bangunan Kedai Batu Tiga, Jalan Gambang bagi membantah operasi pusat perjudian di kawasan itu kini penduduk Taman Mentakab Indah, Mentakab di sini mengambil langkah serupa.
Lebih 50 penduduk Taman Mentakab Indah di sini kelmarin mengadakan demontrasi mendesak pemilik pusat judi internet yang beroperasi di taman perumahan mereka sejak dua bulan lalu supaya menutup perniagaan mereka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...