MELAKA 5 Mei - Kereta milik isteri seorang pemantau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) rosak selepas dilempar dengan bom botol 'molotov cocktail' di Duyong di sini, awal hari ini.
Ketua Polis Melaka, Datuk Chua Ghee Lye berkata dalam kejadian antara 3 dan 3.30 pagi ini, isteri mangsa yang berumur 27 tahun tersedar daripada tidur selepas mendengar bunyi bising di luar rumah.
Mangsa yang kemudian keluar dari rumah ternampak bonet kereta jenis Perodua Myvi miliknya terbakar sebelum meminta bantuan dua lelaki yang kebetulan berada di kawasan itu untuk memadamkan api tersebut.