Ahad, 4 Mei 2014

Organisasi Menggunakan Asas Misi Kemanusiaan Bagi Melatih Militan ?


Kuala Lumpur Beberapa pertubuhan tertentu di negara ini dikesan berselindung di sebalik misi kemanusiaan bagi merekrut dan melatih anggota militan di luar negara. 

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kerajaan tidak pernah menghalang, malah menggalakkan misi kemanusiaan ke luar negara, tetapi berlaku sebaliknya apabila pertubuhan itu menjadi pusat merekrut militan. 

Katanya, apa yang dibimbangi, Malaysia akan dijadikan pusat bagi melancarkan kegiatan militan di rantau Asia Tenggara dan dunia selepas wujud kemungkinan anggota militan menarik orang ramai menyertai aktiviti mereka. 

“Polis akan berusaha menyekat kegiatan merekrut yang antaranya dilakukan melalui media sosial, organisasi atau individu kerana kita khuatir jika tidak dihalang, ia boleh mengakibatkan ketidakstabilan masa depan negara.

Perkembangan membimbangkan

“Paling kita bimbang ada organisasi menggunakan asas misi kemanusiaan bagi melatih militan dan kerajaan tidak pernah mengizinkannya berlaku.

Kita bimbang perbuatan mereka boleh membawa tindakan di luar batas perundangan negara,” katanya pada sidang media di Menara Datuk Onn, di sini, semalam. 

UPB PDRM BAKAL DILENGKAPI DENGAN CBRN



Unit Pemusnahan Bom Bahagian Persenjataan Polis Diraja Malaysia akan dilengkapi idengan peralatan kimia, radiologi dan sut pertahanan nuklear berserta topeng gas (CBRN) yang moden jika permohonan peruntukkan berjumlah RM 1 juta diluluskan.


Pengarah Jabatan Logistik PDRM Datuk Zulkifli Abdullah berkata, kelengkapan berkenaan amat penting sebagai persiapan menghadapi ancaman keselamatan masa kini yang merentasi sempadaan.

"Kita terus berusaha membangunkan bidang penyelidikan dan pembangunan untuk memastikan unit ini memiliki peralatan yang moden, canggih dan efektif.

"Kita juga telah menjalinkan kerjasama dengan Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya (UM) dalam inovasi reka cipta robotik pada 19 Julai tahun lalu, katanya dalam ucapan merasmikan Seminar Pegawai Unit Pemusnah Bom di MaktabTdcnik PDRM Bakri. 

"Sejak tahun 2011 hingga kini, sejumlah 3,500 pemerilksaan telah dibuat dan lebih 800 pemusnahan pelbagai jenis bom telah dilakukan”.

"Pegawai dan anggota bukan sahaja diberi latihan di dalam negara, tetapi juga di luar negara bertujuan memastikan mereka berkemahiran dan cekap dalam menjalankan tugas," katanya. 

KEMENTERIAN PELAJARAN GUNAKAN POLIS BANTUAN DI SEKOLAH ???


PENGAWAL KESELAMATAN SEKOLAH DALANGI SAMUN: Seorang pengawal keselamatan dikesan menjadi dalang dalam kejadian pecah masuk sebuah sekolah di Silibin awal pagi Selasa lalu. 

Lelaki berusia 20 tahun itu adalah seorang daripada lima Geng Hamd
an Cina yang dicekup polis pada hari sama.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, soal siasat ke atas suspek membawa kepada empat lagi tangkapan berasingan di sekitar Jelapang membabitkan suspek berusia antara 17 hingga 27 tahun.

Kumpulan itu bergerak aktif sejak akhir tahun lalu dan melakukan sembilan kes melibatkan pecah kedai, ragut dan pecah masuk sekolah 

Sabtu, 3 Mei 2014

SINDIKET KAUT UNTUNG RM17.9 JUTA


Sindiket jenayah siber antarabangsa berpangkalan di Hong Kong dan Taiwan menipu 560 rakyat Malaysia dan mengaut keuntungan RM17.9 juta dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.


Dalam tempoh sama tahun lalu, sindiket dikenali ATM Ekspres ini menipu 323 mangsa menggunakan keldai akaun tempatan membabitkan kerugian RM6.7 juta.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman (Jenayah Siber dan Multimedia), Senior Asisten Komisioner Mohd Kamarudin Md Din, berkata sindiket itu menggunakan modus operandi mencari keldai akaun dengan mengiklankan jawatan kosong menerusi akhbar tempatan.

SUMBER : BERITA HARIAN

Pengurus Ladang Ditemui Mati Dibunuh

Kepala Ditutup Plastik, Kaki, Tangan Diikat

SEREMBAN: Seorang pengurus ladang ditemui mati dengan kepalanya ditutup plastik dan kaki serta tangannya diikat di Ladang Perhentian Tinggi, Jalan Seremban-Tampin, dekat sini.

Mayat Lau Ah Kaw, 72, ditemui pekerjanya kira-kira 10 meter dari pagar rumah banglonya kira-kira pukul 6.30 pagi, Jumaat.

"Dia dipercayai keluar dari rumah pukul 6.20 pagi untuk ke pejabat ladang yang terletak kira-kira 500 meter dari rumahnya. Beberapa pekerja terdengar jeritannya dan bunyi bising dari bahagian depan pagar, namun tidak perasan apa-apa berlaku kerana keadaan sekitar yang gelap.

"Mereka kemudiannya menghubungi pengawal di pondok berdekatan pejabat itu dan menemui mangsa dalam keadaan sudah tidak bernyawa," kata seorang daripada pekerja berkenaan yang enggan dikenali.

Dompet mangsa dikatakan turut hilang.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner (ACP) Zainal Abu mengesahkan penemuan mayat mangsa.


Sumber:mstaronline
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...