Isnin, 7 Julai 2014

CUBAAN SELUDUP PETROL GUNA BOT PAM GAGAL


Semporna, 6 Julai - Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna berjaya menumpaskan cubaan menyeludup keluar 4,690 liter minyak petrol menggunakan bot pam di perairan Kampung Labuan Haji dekat sini pagi semalam.

Komander PPM Wilayah Empat ACP Mohamad Madun berkata dalam operasi itu pasukannya telah menahan 12 orang lelaki warga tempatan bersama enam buah bot pam yang membawa sejumlah tong yang mencurigakan.

Dua Mayat Ditemui Dengan Kesan Tikaman


Gambar hiasan 
BUTTERWORTH: Dua mayat dipercayai warga asing ditemui dengan beberapa kesan tikaman di tepi landasan keretapi di Kampung Jawa, Perai di sini pagi Sabtu.
Jurucakap polis berkata mayat ditemui kira-kira pukul 9.15 pagi berdekatan antara satu sama lain.

Ahad, 6 Julai 2014

Tahanan Meninggal Dunia Di Lokap IPD Maran


KUANTAN: Seorang tahanan lelaki disahkan meninggal dunia selepas pengsan di dalam lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran tengah hari Sabtu.
Ketua Polis Daerah Maran DSP Sulaiman A Hamid berkata tahanan berusia 40 tahun itu dikatakan pengsan di dalam lokap kira-kira jam 12.30 tengah hari sebelum polis menghubungi ambulans untuk membawanya ke Hospital Jengka.

Mayat rentung di kebun



Batu Pahat : Penduduk Kampung Seri Paya Ayer Hitam disini, gempar apabila menemui mayat dalam keadaan rentung dipercayai dibunuh sebelum dibakar di sekitar kebun di kampung itu, lewat petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mayat yang belum dikenal pasti jantina dan identiti itu ditemui penduduk kampung yang baru pulang dari kebun.

Difahamkan mayat itu dibakar bersama tayar kerana terdapat kesan tayar yang hangus ditemui di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisoner Din Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan.

“Setakat ini kita masih menyiasat kes terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 kanun keseksaan kerana bunuh,” katanya

'KELDAI DADAH' TELAN 90 KAPSUL SYABU SERAH DIRI



Kuala Lumpur: Seorang wanita warga Uganda yang dipercayai 'keldai dadah' menyerah diri selepas menelan 90 kapsul berisi dadah jenis syabu bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa, di Balai Polis Pudu, di sini, 28 Jun lalu.

Suspek berusia 26 tahun itu, dipercayai digunakan sindiket dadah antarabangsa sebagai keldai dadah dengan tujuan menyeludup masuk dadah jenis syabu ke negara ini.

Ketika wanita itu menyerah diri kira-kira jam 5 petang, suspek turut membawa 22 kapsul berisi dadah jenis syabu dan menyerahkannya kepada pegawai polis yang bertugas.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...