Ahad, 13 Julai 2014

Jangan anggap usaha PDRM 'hangat-hangat tahi ayam'


BAGAN DATOH: Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sentiasa berusaha membanteras sindiket perjudian, dadah, kongsi gelap dan militan melalui pelbagai operasi, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 

Justeru itu, beliau meminta pihak tertentu supaya tidak memperlekehkan usaha PDRM dengan menyifatkan operasi pihak berkuasa sebagai 'hangat-hangat tahi ayam'. 

"Jangan ingat bila kenyataan (media) agak berkurangan, operasi ini tidak berjalan...kami maklumkan hasil kejayaan operasi dari semasa ke semasa. 

"Pihak tertentu juga tidak wajar melemparkan tuduhan kepada polis termasuk Ketua Polis Negara dengan menyifatkan operasi mereka sebagai 'hangat-hangat tahi ayam'," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Tadarus Al-Quran Perdana Parlimen Bagan Datoh di Dewan Wisma Umno di sini, hari ini. 

Sabtu, 12 Julai 2014

POLIS MARIN PONTIAN RAMPAS MINYAK DIESEL BERSUBSIDI


Pontian, 11 Julai – Pasukan Polis Marin (PPM) merampas 4,272 liter minyak diesel bersubsidi semasa membuat serbuan di sebuah stor pengumpulan minyak diesel di Pantai Pontian Besar, petang semalam.

Ketua Bahagian Operasi dan Risikan PPM Wilayah Dua DSP Goh Boon Hong berkata, semasa serbuan dilakukan terdapat sebuah lori sedang menjalankan operasi memindah minyak diesel dari tangki di dalam stor tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah YALA Maut Ditembak


YALA: Timbalan Ketua Polis Daerah Krong Pinang, Lt Kol Pol, Adinan Ismail adalah antara tiga anggota polis yang maut diserang hendap 10 orang bersenjata di sini malam Khamis.

Jenazah mereka dikebumi pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira 10.55 malam itu, mereka dalam perjalanan pulang dari menunaikan solat Tarawih di Kampung Ladu, Mukim Saed, Krong Pinang.

Polis Tahan Penjual Mercun Online


KUANTAN: Polis menahan seorang lelaki yang mempromosi serta menjual mercun melalui laman sosial Facebook dalam satu serbuan di rumahnya di Beserah di sini petang Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Azizan Md Isa berkata akaun Facebook yang menggunakan nama 'Adam Danial' itu dikesan mempromosi bahan terlarang berkenaan pada 8 Julai lepas.
"Susulan itu polis telah menjalankan siasatan sebelum berjaya menahan suspek, 29, di rumahnya kira-kira 1.15 petang Khamis.

Jumaat, 11 Julai 2014

JENAYAH DI BESUT MEMBIMBANGKAN ???

Rumah dirompak ketika solat Subuh


BESUT - Sepasang suami isteri warga emas kerugian kira-kira RM16,000 selepas barang kemas milik mereka dicuri dalam kejadian pecah rumah di Kampung Seberang Limbongan dekat Kampung Raja, pagi semalam.

Kejadian dipercayai berlaku antara jam 5 hingga 6.15 pagi ketika mangsa, Zakaria Samad, 74, dan isteri, Rokiah Said, 69, pergi menunaikan solat Subuh di Masjid Kampung Pengkalan Nyireh, kira-kira 500 meter dari rumah mereka.

Rokiah berkata, dia dan suami menyedari rumah mereka dimasuki pencuri selepas pulang dari masjid apabila mendapati pintu rumah tidak berkunci selain terdapat kesan diumpil.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...