Ahad, 3 Ogos 2014

Mayat di tepi jalan dipercayai dibunuh

Gambar hiasan
Nibong Tebal: Mayat seorang lelaki warga asing berusia 30-an dipercayai dibunuh ditemui dalam keadaan tertiarap oleh orang ramai di tepi jalan berhampiran pencawang elektrik di Tasek Chempedak, Simpang Ampat, Seberang Prai Selatan (SPS) 7 pagi ini.

Pemeriksaan awal dijalankan turut menemui kesan kecederaan pada badan, perut, betis kanan dan pipi kiri mangsa dipercayai menggunakan senjata tajam.

Sabtu, 2 Ogos 2014

Empat Suspek Disyaki Letup Mesin ATM Diberkas


SHAH ALAM, 1 Ogos (Bernama) -- Empat suspek yang dipercayai meletupkan mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah bank di Bukit Beruntung dekat sini Rabu lepas diberkas semalam.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata mereka yang berumur lingkungan 30-an diberkas dalam dua serbuan di Tanjong Karang dan Puchong.

"Polis turut merampas sebuah kereta. Seorang suspek didapati mempunyai rekod jenayah lampau yang sama yang dilakukannya di Jenjarom, Subang Jaya, Puchong dan Shah Alam, 

"Dia dipercayai dalang kepada kumpulan tersebut," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.



Tikam adik bawa makanan ke bilik sembahyang


Kajang: Tindakan membawa makanan ke dalam bilik sembahyang menyebabkan seorang lelaki dirodok dengan pisau hingga mati oleh abang kandungnya. Dalam kejadian jam 5 petang kelmarin, mangsa yang berusia 26 tahun diserang abangnya berusia 34 tahun di kediaman mereka di pangsapuri Sungai Jelok di sini.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku apabila mangsa membawa pinggan makanan ke dalam bilik sembahyang hingga menimbulkan rasa marah abang sulungnya itu.

Jumaat, 1 Ogos 2014

Mayat pekerja kilang hilang ditemui


Nilai: Seorang pekerja kilang memproses air mineral yang dilaporkan hilang di rumahnya di Taman Ulu Beranang, di sini sejak semalam ditemui dibunuh di sebuah belukar di Taman Mahkota Hill, Lenggeng, di sini, 7 malam tadi.

Ketua polis daerah Nilai, Superintendan Abdullah Roning berkata, M Mittren Ezhuthachan, 21, dilaporkan hilang oleh ibunya di rumah mereka jam 11 malam semalam namun mayatnya ditemui di sebuah kawasan semak di Taman Mahkota Hill bersama motosikal Honda EX5 miliknya.

Lelaki ditemui mati di belakang stesen minyak

Gambar hiasan
Seorang lelaki ditemui mati dengan kesan luka di kepala dan dahi di belakang sebuah stesen minyak di Seksyen 13 di Shah Alam, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Ruslan Abdullah berkata mangsa dikenal pasti sebagai Zainulazli Zahari, 31, berasal dari Kampung Pasir Dusun, Kelantan.

Katanya, polis menerima panggilan orang awam pada 6.44 pagi mengenai mayat yang ditemui dalam keadaan terlentang di belakang stesen minyak itu dan sebaik tiba di lokasi lelaki itu disahkan meninggal dunia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...