Rabu, 1 April 2015

Pindaan Akta Dadah Berbahaya senarai ketum sebagai dadah


KUALA LUMPUR, 1 April: Rang Undang-undang Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan) 2014 dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini, antara lain untuk menyediakan takrifan baru bagi daun ketum dan menyenaraikannya sebagai dadah berbahaya.

Cadangan pindaan itu turut meliputi sekatan pengimportan, pengeksportan, pemilikan, penanaman, perusahaan ketum dan mengadakan peruntukan kuasa bagi mengawal selia penghasilan dan urusan berkaitan ketum.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya ketika membentangkan rang undang-undang itu berkata, Akta Racun 1952 yang ketika ini digunakan bagi mengawal penyalahgunaan daum ketum, tidak cukup kuat untuk mengekang aktiviti tersebut.

3 penjenayah ditembak mati di Ipoh

Gambar hiasan

IPOH 31 Mac - Tiga penjenayah yang dikehendaki polis maut dalam kejadian berbalas tembakan di Kampung Simee di sini hari ini.

Difahamkan kesemua penjenayah itu dikehendaki kerana dipercayai terlibat dalam beberapa kes jenayah termasuk samun dan rompakan di sekitar bandar ini dan tempat lain.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 3 petang itu, kesemua suspek mati di tempat kejadian manakala senjata api berjaya dirampas.

Sumber berkata, penjenayah terbabit yang menyedari telah diekori bertindak melepaskan tembakan ke arah polis terlebih dahulu.

Ini menyebabkan polis terpaksa melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri.

Isnin, 30 Mac 2015

Polis tak akan kompromi aktiviti menghasut


KUALA LUMPUR, 29 Mac: Polis tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang sengaja menghasut rakyat untuk tidak menghormati undang-undang dan Perlembagaan negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menghormati kebebasan untuk bersuara seperti yang dibenarkan Perlembagaan Persekutuan.

Namun begitu menurutnya, polis tidak akan membenarkan kebebasan bersuara itu digunakan untuk menghasut agar sistem yang ada di negara kita ini tidak dihormati.

Mayat lelaki berkopiah ditemui di Teluk Bahang


BALIK PULAU, 30 Mac: Penemuan mayat di tepi jalan berhampiran empangan di Teluk Bahang hari ini menimbulkan kegemparan buat penduduk dan pengguna jalan raya di kawasan berkenaan.

Mayat terbabit dikatakan seorang lelaki tua beragama Islam ditemui hanya berkain pelikat putih, berkopiah dan ditutup dengan selimut berwarna jingga.

Penduduk kemudiannya bertindak menghubungi pihak polis yang tiba di lokasi kira-kira jam 10.47 pagi tadi.

Ahad, 15 Mac 2015

14 Anggota Keselamatan Indonesia Ceroboh asuk Tawau Di Tahan


KOTA KINABALU,  14 Mac: Tujuh belas warga Indonesia termasuk 14 anggota keselamatan negara itu, ditahan di Pulau Sebatik kerana menceroboh, semalam.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Noor Rashid Ibrahim mengesah perkara itu dan berkata, 17 warga Indonesia termasuk 10 anggota polis dan empat tentera berpakaian preman, memasuki negara ini melalui Bambangan di Pulau Sebatik di Tawau, kira-kira jam satu tengah hari pada Jumaat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...