Ahad, 10 Mei 2015

Kes Tembak: Adik Noh Omar Diburu Polis


Adik lelaki kepada Bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar yang diletakkan dalam senarai paling dikehendaki berhubung kes tembak seorang lelaki telah melarikan diri dari kediaman keluarganya.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M.Chandra berkata rumah suspek ditinggalkan kosong.

"Tidak ada seorang pun di rumah. Dia telah melarikan diri bersama keluarganya selepas kejadian itu," katanya ketika dihubungi, Jumaat.

Sabtu, 2 Mei 2015

Nisbah polis, penduduk tak seimbang


PERLU DISEGERAKAN DISELURUH NEGARA.

BUKIT BERUANG - Polis di negeri ini akan melakukan pengambilan seramai 500 lagi anggota polis sukarelawan tahun ini sebagai langkah memastikan usaha pencegahan dan pembanterasan jenayah lebih berkesan dan efektif.

Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, tindakan itu juga sebagai mengatasi masalah nisbah anggota polis dengan penduduk di negeri ini yang tidak seimbang.

Beliau berkata, di daerah Melaka Tengah sahaja, seorang anggota polis perlu menjaga 587 penduduk atau nisbah 1:587 sekali gus tidak mencukupi dengan trend jenayah yang kian berubah pada masa kini.

Polis rampas 1.4 juta pil erimin 5

KUALA LUMPUR – Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) berjaya merampas 410 kilogram (kg) dadah jenis erimin 5 dalam operasi yang dilakukan di Bukit Bintang di sini kelmarin.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam akaun Twitter miliknya berkata, dalam operasi itu, pihak polis turut menahan lapan orang suspek yang terlibat dengan kegiatan haram tersebut. Menurutnya, operasi tersebut dilakukan di dua buah premis dengan melibatkan rampasan 1.4 juta pil dengan nilai lebih RM21 juta.
Justeru, Khalid mengucapkan tahniah kepada pasukan STING ekoran kejayaan pasukan tersebut menumpaskan sindiket pengedaran dadah itu.
“Syabas STING@PDRMsia semalam tangkap lapan orang dan rampas 410kg dadah erimin 5 di Bukit Bintang, Kuala Lumpur,” kata Khalid dalam akaun Twitternya.
Sumber

Parah kena tiga das tembakan

GEORGE TOWN – Seorang lelaki parah di paha dan tangan kirinya setelah terkena tiga das tembakan yang dilepaskan dua lelaki tidak dikenali semasa memandu lori di hadapan sebuah pangsapuri di Jalan Brown, Pulau Tikus di sini awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3.20 pagi itu, mangsa berusia 28 tahun berjaya menyelamatkan diri dengan memandu lori tersebut hingga ke belakang sebuah pusat beli-belah berhampiran.
Mangsa yang berasal dari Bayan Lepas itu kemudiannya dikejarkan orang ramai ke Hospital Pulau Pinang (HPP) setelah ditemui berlumuran darah di dalam lori berkenaan.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, siasatan di lokasi kejadian menjumpai tujuh kelongsong peluru kaliber 9 milimeter di atas jalan raya.

Khamis, 30 April 2015

16 SEKOLAH MENENGAH DIPILIH SEKOLAH ANGKAT PDRM


Kuala Terengganu, 29 April - Sebanyak 16 sekolah menengah di negeri ini dipilih sebagai perintis sekolah angkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Terengganu.
Pemangku Ketua Polis Terengganu Dato’ Hashim Abdul Jalil berkata kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) itu merupakan sebahagian daripada usaha mengurangkan kadar jenayah dalam kalangan pelajar sekolah di negeri ini.
Katanya projek perintis itu turut melibatkan Ketua Jabatan dan Ketua Polis Daerah sebelum diperluaskan ke sekolah di seluruh daerah secara berperingkat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...