SHAH ALAM: Bayi perempuan yang dipercayai
baru dilahirkan ditemui dalam beg palstik di Desa Latania, Seksyen 37 di sini,
pagi Sabtu.
Suara bayi
menangis mengejutkan orang awam yang melintas kawasan berkenaan dan menemui
bayi berkenaan pada kira-kira pukul 10 pagi.
Ketua Polis
Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, polis bergegas ke
tempat kejadian selepas menerima panggilan memaklumkan perkara itu.




