Sabtu, 10 Oktober 2015

Suspek kes culik berjaya ditahan

SHAH ALAM - Dua lelaki disyaki suspek kes culik kanak-kanak berumur lima tahun di Taman Setia, Sungai Chua, Kajang, ditahan dalam operasi khas, 10.25 malam tadi.

Seorang daripada suspek adalah lelaki tempatan manakala rakannya adalah warga Indonesia, masing-masing berusia 28 dan 32 tahun.

[ARTIKEL BERKAITAN: Budak diculik ditemui semula]

Jumaat, 9 Oktober 2015

Tembak: Kelibat Dua Tubuh Lari Dengan Motosikal

MARANG, 9 Okt (Bernama) -- Seorang penduduk terdengar bunyi letupan seperti mercun sebelum melihat kelibat dua orang menaiki sebuah motosikal meninggalkan kawasan rumah bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Alor Limbat, Alias Abdullah, 51.

Abdul Wahab Muhammad, 35, berkata beliau ketika itu bersama empat lagi rakannya berada di sebuah bangsal tidak jauh dari tempat kejadian.

"Bila saya keluar dari bangsal, saya lihat seseorang bertubuh besar dan memakai topi keledar berlari dalam keadaan tergopoh gapah ke arah rakannya yang sedang menanti di atas motosikal.

Matthias Chang ditahan bawah Sosma


KUALA LUMPUR - Peguam kepada bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, Matthias Chang hari ini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika dihubungi Bernama malam ini, mengesahkan perkara itu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohmad Salleh berkata, Matthias ditahan petang tadi ketika melawat anak guamnya (Khairuddin) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Lelaki parah ditembak di Permatang Pauh

Gambar hiasan
BUKIT MERTAJAM - Seorang lelaki cedera parah ditembak dari jarak dekat di Kampung Bukit Merah, Permatang Pauh di sini, hari ini.

Yap Kang Hee, 27, ditembak ketika menunggang motosikal untuk pulang ke rumahnya pada pukul 5.20 petang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Datuk Zakaria Ahmad berkata, mangsa yang bekerja sendiri itu cedera di leher dan bahu.

Khamis, 8 Oktober 2015

Bom dibeli dari Thailand untuk letup pasangan suami isteri

KOTA BHARU 8 Okt. –

Bom yang dibeli dari Thailand dipercayai telah digunakan seorang pemuda bagi membunuh pasangan suami isteri di Kilometer 3, Jalan Gua Musang-Kampung Pulai, Gua Musang, semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, siasatan awal terhadap anak angkat mangsa itu mendapati bom berkenaan telah dibeli di negara jiran dengan harga RM300.

“Daripada hasil siasatan awal juga, kita mendapati suspek berusia 27 tahun itu telah memasang bom tersebut di motosikal berkenaan sejak tiga hari lalu (sebelum kejadian).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...