Rabu, 28 Oktober 2015

IPK Johor, Melaka Terima Timbalan Ketua Polis Baharu


KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Selasa mengumumkan pertukaran enam pegawai kanan berkuat kuasa 30 November ini.

Ketua Komunikasi Korporat Urus Setia Ketua Polis Negara PDRM, ACP Datin Asmawati Ahmad dalam satu kenyataan berkata mereka termasuk Timbalan Pengarah Pengurusan Bahagian Dasar Sumber Manusia, Jabatan Pengurusan, Bukit Aman pemangku DCP Datuk Aishah Mohamad yang dilantik Timbalan Ketua Polis Johor.
SAC Datuk Ruslan Hassan yang sebelum ini Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Melaka.
Jawatan Ruslan akan diganti pemangku SAC Azisman Alias yang sebelum ini memegang jawatan Ketua Penolong Pengarah (D4) Risikan/Operasi/Rekod Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.  - BERNAMA

Isnin, 26 Oktober 2015

Polis Tahan 'Ibu Ayam' Warga Indonesia


GEORGE TOWN: Polis menahan seorang wanita Indonesia yang dipercayai penganjur pelacuran di sebuah apartment di Jalan Tan Sri Teh Ewe Lim, Jelutong di sini malam Ahad.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata wanita berusia 57 tahun yang dipercayai menjalankan kegiatan itu sejak beberapa bulan lepas ditahan dalam serbuan polis ke apartment itu pada pukul 10.15 malam.

Ahli Perniagaan Wanita Hilang RM126,000 Ditipu Sindiket 'Love Scam'


GEORGE TOWN: Seorang ahli perniagaan wanita di sini mendakwa ditipu sindiket 'love scam' yang didalangi rakyat asing menyebabkan dia kerugian RM126,000.

Wanita berusia 32 tahun yang telah berkahwin itu mendakwa berkenalan dengan seorang 'lelaki kacak' menerusi laman sosial Facebook yang mengarahkan dia untuk memasukkan wang ke dalam dua akaun bank tempatan untuk membolehkan dia menuntut hadiah pemberian lelaki terbabit.

Jumaat, 23 Oktober 2015

Jual Minuman Berperisa Dadah


KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga lelaki dan dua wanita tempatan dipercayai anggota sindiket menjual minuman botol berperisa dadah dengan nilai rampasan sebanyak RM1.14 juta di sekitar Kepong dan Gombak, pada Rabu.

Dalam operasi bermula 8.45 malam Selasa sehingga 7 pagi semalam itu, anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) menahan tiga lelaki dan dua wanita berusia 33 hingga 43 tahun dalam tiga serbuan berasingan.

Tiga Kertas Siasatan Terhadap Dr Mahathir Dibuka

KUALA LUMPUR: Polis telah membuka tiga kertas siasatan berhubung aduan terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata daripada tiga kertas siasatan tersebut, dua daripadanya melibatkan siasatan yang sedang dijalankan manakala satu lagi kertas siasatan sudah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk arahan selanjutnya.
"Pihak polis telah membuka dua kertas siasatan terhadap aduan yang dibuat terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu berkaitan Klang Report 33074/14 dan disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...