KEMAMAN -
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus melaksanakan operasi had laju di
sepanjang laluan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dalam usaha mengurangkan kadar
kemalangan maut lebuh raya tersebut.
Pegawai
Penguatkuasa dan Operasi Trafik Bukit Aman, Deputi Superintendan Mustaffa Bakri
Salleh berkata, menerusi operasi had laju yang dilakukan di LPT2 itu pihaknya
mendapati masih ramai pengguna yang gagal mematuhi had laju yang ditetapkan.
Katanya
sepanjang operasi tersebut sebanyak 203 saman telah dikeluarkan kepada pemandu
yang memandu melebihi 110 Kilometer sejam manakala 38 lagi membabitkan
lain-lain kesalahan trafik.




