Ahad, 1 November 2015

PPS cegah keganasan pelajar


KUALA NERUS - Polis Terengganu melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) akan mempergiatkan lagi program dalam usaha untuk mencegah keganasan melibatkan pelajar, termasuk kes buli.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab Rahman berkata, pendekatan secara proaktif itu diambil bagi memberi lebih kesedaran undang-undang kepada pelajar supaya mereka tidak terjebak dengan aktiviti yang boleh merosakkan masa depan.

“Tidak dinafikan mereka (pelajar) naif mengenai undang-undang dan sebab itu kita ambil pendekatan dengan melantik PPS ini, di mana setiap dua kali sebulan pegawai (PPS) ini akan melawat sekolah berkenaan bagi kenal pasti masalah yang berlaku.

PDRM terus laksanakan operasi had laju di LPT2

KEMAMAN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus melaksanakan operasi had laju di sepanjang laluan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan maut lebuh raya tersebut.

Pegawai Penguatkuasa dan Operasi Trafik Bukit Aman, Deputi Superintendan Mustaffa Bakri Salleh berkata, menerusi operasi had laju yang dilakukan di LPT2 itu pihaknya mendapati masih ramai pengguna yang gagal mematuhi had laju yang ditetapkan.

Katanya sepanjang operasi tersebut sebanyak 203 saman telah dikeluarkan kepada pemandu yang memandu melebihi 110 Kilometer sejam manakala 38 lagi membabitkan lain-lain kesalahan trafik.

Sabtu, 31 Oktober 2015

Mangsa Culik Ditemui Selamat


KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki yang menjadi mangsa culik ditemui selamat di perhentian bas di Batu 4, Jalan Gombak di sini, Jumaat.

Polis kini sedang mengesan dua lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes culik berkenaan di Kampung Padang Balang, Sentul di sini petang Jumaat.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, kedua-dua suspek dipercayai menculik mangsa yang berumur setahun dua bulan itu ketika dia sedang bermain di hadapan rumahnya.

BERTINDAK IKUT PERASAAN - Tahanan Polis Mati Akibat Hentakan Tumpul Di Dada


PUTRAJAYA: Hasil siasatan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mendapati kematian Syed Mohd Azlan Syed Mohamed Nur ketika dalam tahanan polis disahkan mempunyai kaitan kekerasan secara fizikal semasa ditahan dan disoal siasat polis.

Laporan bedah siasat yang dijalankan Pakar Perunding dan Ketua Jabatan, Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultan Ismail, Johor Baru, Dr. Rohayu Shahar Adnan mendapati kematian Syed Mohd Azlan, 26 disebabkan trauma hentakan tumpul di dada.
Pemeriksaan mendapati si mati mengalami 61 jenis kecederaan di bahagian muka, badan dan kedua-dua kaki di mana sebahagiannya konsisten dengan kecederaan semasa berusaha mempertahankan diri daripada kekerasan fizikal yang dilakukan ke atasnya oleh anggota-anggota polis.

Rabu, 28 Oktober 2015

Kedai Emas Jalan Tuanku Hassan Dirompak

SEREMBAN: Sebuah kedai emas kerugian RM50,000 selepas dua penjenayah melarikan barang kemas dalam kejadian di Jalan Tuanku Hassan, di sini Selasa.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, dua penjenayah dipercayai  seorang lelaki dan seorang wanita yang memakai topi keledar menutup muka,  memecahkan cermin pameran dan mengambil barang kemas tersebut.
Kedua-dua suspek bertindak melarikan diri dengan sebuah motosikal yang disyaki menggunakan nombor pendaftaran palsu.
Semasa kejadian, tiada pelanggan di dalam kedai dan hanya terdapat seorang pekerja berada di bahagian hadapan, manakala dua lagi pekerja di belakang kedai berkenaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...