Johor Bahru: Tiga penjenayah ditembak mati selepas melepaskan beberapa das tembakan ke
arah polis ketika cuba melarikan diri daripada ditahan di Jalan Permas Utara, di
sini, 5.45 petang tadi.
Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd
berkata, dua penjenayah mati di lokasi kejadian, manakala seorang lagi mati
ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.
"Kita mendapat maklumat sebuah Toyota Camry dalam keadaan mencurigakan berlegar-legar di sekitar
kawasan Permas Jaya sebelum dua kenderaan polis mengekori mereka sejauh empat
kilometer dari Jalan Permas 1 hingga ke Jalan Permas Utara di sini.



