Jumaat, 4 Mei 2018

#PRU14: SERAMAI 111,702 WARGA PDRM UNDI AWAL ESOK


KUALA LUMPUR: Seramai 111,702 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengundi awal pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) esok di seluruh negara.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata daripada jumlah itu, seramai 5,660 pegawai dan anggota akan mengundi awal di Bukit Aman manakala selebihnya di 14 kontinjen PDRM dan Ibu Pejabat Polis di seluruh negara.

"Selain itu, turut terlibat dalam undi awal adalah 7,695 pegawai dan anggota PDRM yang telah bersara.

"Mereka ini adalah pegawai dan anggota yang belum lagi menukar daftar pemilih sebagai pengundi biasa," katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini, hari ini.

Beliau berkata pegawai dan anggota terlibat akan mula mengundi mulai 9 pagi hingga 5 petang.

Dalam pada itu, Mohamad Fuzi berkata seramai 5,854 pegawai dan anggota PDRM terlibat dalam proses mengundi secara pos PRU14, termasuk 20 anggotanya yang terlibat dalam misi pengaman di Sudan mulai hari ini.

"Undi pos sudah bermula hari ini iaitu melibatkan 1,796 pegawai dan anggota di Bukit Aman manakala selebihnya di kontinjen seluruh negara.

Sumber: KLIK DISINI

Rabu, 18 April 2018

TAHANAN SOSMA PENGSAN SEBELUM AJAL


LELAKI yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah- Langkah Khas) 2012 (SOSMA), MENINGGAL DUNIA SELEPAS PENGSAN DI LOKAP BERPUSAT SHAH ALAM, malam tadi.
Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, pada 8.20 malam tadi, S THANABALAN, 38, ditemui pengsan di dalam satu daripada sel oleh anggota bertugas.
"Tahanan terbabit kemudiannya terus dibawa ke Hospital Shah Alam Selangor (HSAS) untuk mendapatkan rawatan lanjut.
"Bagaimanapun, tahanan disahkan meninggal dunia pada 9.05 malam oleh Pegawai Perubatan HSAS selepas bantuan rawatan tidak berjaya.
"Satu proses bedah siasat dijalankan pada pagi ini bagi mengenal pasti punca kematian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada masa sama, Mazlan berkata, petugas Pejabat Kesihatan Daerah Petaling juga akan menjalankan pemeriksaan terhadap kawasan lokap, semua tahanan dan petugas-petugas Lokap Berpusat IPD Shah Alam kerana dipercayai berlaku wabak di situ.

Khamis, 12 April 2018

'KUBUR' RAHSIA GENGSTER DIBONGKAR...?


POLIS menemui cebisan tulang manusia dipercayai milik LIMA MANGSA PEMBUNUHAN yang ditanam di kawasan estet Batu 8 Jalan Sungai Gadut, Senawang, hari ini.
Dalam kejadian pada 12 tengah hari, penemuan mayat itu dibuat selepas pasukan polis membawa beberapa suspek DIPERCAYAI AHLI KONGSI GELAP ke lokasi berkenaan, dan dipercayai semua mayat ditanam sejak tiga tahun lalu.
Difahamkan, ia susulan kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Negeri Sembilan dibantu JSJ Bukit Aman menahan 34 ahli kongsi gelap dalam Ops Khas Hoben 1/2018 sejak 29 Mac hingga Isnin lalu.
Setakat ini, polis dengan bantuan Unit Forensik dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) masih menjalankan siasatan serta berusaha mengeluarkan cebisan tulang di lokasi terbabit.
Sementara itu, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Noor Azam Jamaludin ketika dihubungi enggan mengulas lanjut.

Sumber: KLIK DISINI

Sabtu, 7 April 2018

TRANSFORMASI PASUKAN ELIT POLIS


AGENDA mentransformasi pasukan elit khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjadi antara KEUTAMAAN TERAS 5 DALAM MEMASTIKAN KESELAMATAN RAKYAT SEBAGAI KEUTAMAAN.
Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING), Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) dan Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG) tersenarai antara barisan keselamatan yang menjamin masyarakat terlepas daripada ancaman keselamatan.
Sejajar komitmen itu, kawasan tinggi kadar jenayah dipantau secara terus menggunakan kamera litar tertutup definisi tinggi (CCTV HD) dalam tempoh lima tahun akan datang.
Ia termasuk pemasangan CCTV HD di semua lokap polis di seluruh negara, selain pembinaan penjara khas lengkap dengan sistem keselamatan elektronik bersepadu bagi menempatkan tahanan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) dan Akta Pencegahan Keganasan (POTA).
Bagi kawasan luar bandar, lebih banyak lampu jalan akan dipasang menerusi peruntukan RM100 juta dan dana RM150 juta bagi menyelenggara serta mengganti lampu jalan rosak.

Selasa, 3 April 2018

POLIS THAILAND RAMPAS DADAH RM86 JUTA SEBELUM DIHANTAR KE MALAYSIA

BANGKOK: Pihak berkuasa Thailand berjaya dalam rampasan terbesar DADAH JENIS METHAMPHETAMINE bernilai 700 juta baht (RM86.7 juta), menurut polis, hari ini.
Rampasan itu seiring dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang memberi amaran bahawa Asia Tenggara kini dibanjiri dadah dari kawasan 'SEGI TIGA EMAS'.
Polis berkata, dadah seberat 700 kilogram atau dikenali sebagai 'ais', berjaya dirampas pada 28 Mac lalu di selatan Wilayah Chumpon sebelum dihantar ke Malaysia.
Dadah berkenaan dihasilkan di wilayah Segi Tiga Emas yang bersempadan dengan Thailand, Myanmar dan Laos.
Dua warga negara, masing-masing dari Thailand dan Malaysia ditahan berhubung insiden rampasan itu.
Difahamkan pasaran methamphetamine berkembang pada tahap amat membimbangkan di Asia Tenggara.
Pada 2015, pakar di beberapa negara di rantau kecil negara terbabit melaporkan peningkatan penggunaan methamphetamine kristal dan methamphetamine tablet. - Reuters

Sumber: KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...