Rabu, 11 November 2015

1,550 saman dalam Ops Khas Trafik LPT2


Kuala Nerus: Sebanyak 1,550 saman dikeluarkan dengan 802 saman membabitkan kesalahan memandu melebihi had laju sepanjang empat hari Operasi Khas Trafik Lebuh Raya Pantai Timur 2 yang tamat semalam.

Daripada jumlah itu, 748 saman lagi membabitkan lain-lain kesalahan selain empat lelaki berusia 29 hingga 45 tahun turut ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.

Selain itu, operasi yang membabitkan 27 pegawai dan 103 anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu bersama Bukit Aman dan IPK Johor turut menahan dua lelaki mengikut Seksyen 15 (1) ADB 1952.

Azmin Diminta Jangan Persoal Tindakan Polis Panggil Anaknya


PUTRAJAYA: Polis meminta Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali tidak menjadikan alasan peperiksaan bagi mempersoalkan tindakan polis memanggil anaknya untuk direkodkan keterangan berhubung penglibatan dalam perhimpunan Bersih.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa berkata anak lelaki Mohamed Azmin sebenarnya dipanggil untuk memberi keterangan sejak September lepas, namun gagal memberikan kerjasama.

Beliau menjelaskan polis pada awalnya hanya memaklumkan kepada pelajar berusia 15 tahun itu melalui panggilan telefon untuk hadir memberi keterangan bagi mengelak sebarang kekecohan.

Selasa, 10 November 2015

Pengurus Restoran Mangsa Culik Di Sandakan Dibebaskan

PETALING JAYA: Salah seorang daripada dua rakyat Malaysia yang diculik kumpulan Abu Sayyaf dibebaskan ketika usaha untuk membebaskan tebusan kedua sedang giat dilakukan.

Pengurus restoran makanan laut di Sandakan, Thien Nyuk Fun, 50, kembali ke pangkuan keluarganya pada awal pagi Isnin selepas enam bulan berada dalam tahanan kumpulan tersebut.

Isnin, 9 November 2015

Lelaki Hina Polis Trafik Wanita Di Facebook Ditahan

KUANTAN: Padah menghina anggota polis di laman sosial Facebook, seorang lelaki ditahan dalam satu sekatan jalan raya di Jalan Teluk Sisek di sini awal pagi Sabtu, kurang sejam selepas memuat naik status berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata lelaki berusia 23 tahun yang berasal dari Permatang Badak, Bukit Rangin di sini sebelum itu  disaman dalam satu sekatan jalan raya atas kesalahan mengubahsuai ekzos oleh seorang anggota polis trafik wanita kira-kira pukul 12.30 tengah malam.

Lima Das Tembakan Dilepaskan Lelaki Bertopeng

KAJANG: Seorang pekerja syarikat lori kini dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kajang akibat lima das tembakan yang dilepaskan lelaki bertopeng di sini, Jumaat.

Kejadian pada pukul 4.14 petang itu berlaku ketika mangsa yang berusia 28 tahun sedang membeli alat tulis bersama anaknya yang berusia tiga hingga 10 tahun di sebuah kedah di Taman Tasik Keruma, Semenyih.
Polis masih menyiasat motif kejadian kerana cubaan membunuh. Mangsa ditembak di bahagian dada.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...