Jumaat, 1 Januari 2016

Pelajar kolej individu pertama dituduh anggotai al-Qaeda

SEPANG 31 Dis. – Seorang pelajar kolej di Kaherah, Mesir menjadi individu pertama dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas al-Qaeda (Jund al Aqsa) dengan menjadi ahli kumpulan berkenaan.

Mohamad Hidayat Azman, 19, dari Kuala Bagan Tiang, Perak yang merupakan pelajar Kolej Markaz Salam di Hayyu Asyir, Kaherah ditahan oleh Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada 7 Disember lalu, sejurus tiba dari Mesir.

Mengikut pertuduhan, pemuda itu didakwa memasuki Syria dengan menaiki pesawat dari KLIA di antara 5 September 2014 hingga 1 September 2015 bagi memberi sokongan kepada kumpulan pengganas al-Qaeda (Jund al Aqsa) de­ngan menjadi ahli kumpulan itu.

Rabu, 30 Disember 2015

Ahli Perniagaan Ditipu RM645,229 Dalam Pelaburan Saham

SEREMBAN, 29 Dis (Bernama) - Seorang ahli perniagaan berusia 42 tahun telah ditipu oleh sebuah syarikat yang kononnya terlibat dalam urusan pelaburan saham, membabitkan kerugian berjumlah RM645,229.

Ketua Polis daerah Seremban ACP Muhamad Zaki Harun berkata mangsa menyedari dirinya ditipu apabila dalam tempoh setahun ini, bermula sejak Disember tahun lepas, mangsa tidak mendapat sebarang pulangan dari pelaburan saham yang kononnya diuruskan oleh syarikat terbabit.

"Mangsa membuat bayaran secara berperingkat-peringkat melalui transaksi bank dan bayaran secara tunai dalam tempoh setahun ini.

Dua Ditemui Mati Dengan 30 Kesan Tikaman


KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Dua lelaki warga Myanmar ditemui mati dengan kesan tikaman di seluruh badan mereka di Bandar Menjalara, Kepong, di sini, hari ini.

Mayat Kumar, 34, dan Saw, 42, yang masing-masing mempunyai 12 dan 18 kesan tikaman, ditemui pada kira-kira 6.30 pagi.

Ketika mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Daerah Sentul R Munusamy berkata pihaknya tidak menemui senjata di tempat mayat itu ditemui.

"Mayat mereka dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

"Kami juga sedang meneliti rakaman litar tertutup (CCTV) di kawasan berkenaan," katanya di sini, Selasa.- BERNAMA

TERPAHAT SEJARAH IPD MARANG, TERENGGANU

Marang, 27 Disember 2015:

Usaha PDRM ke arah mencapai standard ‘World Class Policing’ atau Kepolisan Bertaraf Dunia pada hari ini telah membentuk transformasi dalam PDRM dari pelbagai sudut, dan yang ketara pada hari ini adalah fungsi sesebuah Pusat Pentadbiran Polis seperti IPD dan Balai Polis.

Jika pada suatu ketika dulu IPD atau Balai Polis bertindak sebagai tempat membuat Laporan Polis dan tempat mendapatkan nasihat mengenai perundangan dan siasatan semata-mata, namun pada hari ini ia turut menjadi pusat perkongsian serta penyaluran maklumat, serta pusat kolaborasi di antara PDRM dan masyarakat, khususnya dalam konteks keselamatan dan pencegahan jenayah.

Khamis, 24 Disember 2015

STAGG: 164 LAGI DITAHAN BERKAITAN JUDI DAN MAKSIAT

Kuala Lumpur, 24 Disember- Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Perjudian dan Gengsterisme (STAGG), Bukit Aman semalam menahan 80 lagi individu setelah menyerbu premis judi di Selangor, Johor dan Melaka.

Dalam serbuan tersebut, sebanyak 353 buah komputer judi turut berjaya dirampas.


Dalam perkembangan lain, seramai 84 pelayan pelanggan (GRO) warga asing turut ditahan STAGG dalam Op Noda di beberapa pusat hiburan di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.


Kejayaan dan ucapan syabas dari Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar kepada pasukan STAGG dikongsi melalui akaun twitter dan facebook page rasmi beliau sebentar tadi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...