Ahad, 14 Februari 2016

Lelaki ugut bom rumah PM berjaya diberkas

IPOH - Seorang lelaki dipercayai mengancam untuk menggegarkan ibu negara dan meletupkan kediaman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melalui laman sosial Facebook berjaya diberkas polis, semalam.

Timbalan Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ahmat berkata, suspek berusia 28 tahun itu ditahan dalam serbuan oleh Unit Siasatan Terkelas (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman kira-kira jam 4.30 petang di Taman Damai, Parit Buntar.

Jumaat, 12 Februari 2016

Dua lelaki diberkas bersama senapang angin dan ganja

ALOR SETAR - Polis menahan dua lelaki dan merampas dua senapang angin serta dadah jenis ganja seberat 566 gram dalam serbuan di sebuah pondok dan rumah di Felda Guar Napai, Kodiang dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abdul Rahim Abdullah berkata, bertindak atas maklumat dadah dan senjata api, sepasukan polis dan anggota risik Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 Kubang Badak, Kuala Terengganu menyerbu pondok tersebut kira-kira pukul 6.30 petang itu.

Polis JB perintis pelaksana Sistem Pengiktirafan Nombor Pendaftaran Automatik


JOHOR BARU, 11 Februari:

Polis Daerah Johor Baharu Selatan dipilih menjalankan Sistem Pengiktirafan Nombor Pendaftaran Automatik (ANPR) pertama di negara ini dalam usaha polis untuk mengesan pesalah trafik suruhan.

Projek perintis itu akan menyaksikan satu daripada tiga kamera ANPR diletakkan di pintu kemasukan trafik yang tinggi di Johor Baru-Singapore Causeway di kompleks Bangunan Kuarantin, Imigresen dan Kastam (CIQ) Sultan Iskandar, di sini.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata polis daerah telah diberi penghormatan untuk menjadi polis daerah pertama di negara ini yang mengendalikan ujian projek perintis terbabit.

Khamis, 11 Februari 2016

POLIS TUMPAS CUBAAN EDAR DADAH GUNA ANGPAU

Muar, 10 Feb - Helah pengedar dadah mengaburi mata pihak berkuasa dengan menyembunyikan dadah ke dalam angpau ketika sambutan Tahun Baharu Cina baru-baru ini, terbongkar apabila polis menahan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an dalam serbuan di sini pada Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Azman Ayob berkata helah itu dikesan polis yang melakukan serbuan di sebuah rumah di Kampung Kebun Sayur Bakri pada 2.45 petang.

MARIN SANDAKAN TAHAN 8 LELAKI, RAMPAS PETROL BERNILAI RM189 RIBU

Sandakan, 11 Feb - Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan memberkas lapan lelaki dan merampas 108,000 liter minyak petrol bersubsidi dalam operasi di perairan Laut Lupak Meluas, di sini, petang semalam.

Komander PPM Wilayah 4, ACP Mohamad Madun berkata, rampasan dilakukan selepas pihaknya mengesan sebuah kapal yang dalam keadaan mencurigakan di perairan berkenaan, hasil maklumat risikan dan pemantauan yang dilakukan oleh pihak polis.

Menurut Mohamad lagi, setelah diperiksa, pihaknya menemui 540 tong drum besi mengandungi minyak petrol bersubsidi berjumlah 108,000 liter yang dianggarkan bernilai RM189,000 di dalam kapal tersebut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...