Rabu, 27 April 2016

PMSB lapor 67 kes tuntutan palsu libatkan RM1.17 juta

KUALA LUMPUR - Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) melaporkan sebanyak 67 kes tuntutan palsu dan penipuan melibatkan kerugian sebanyak RM1.17 juta dikesan pihaknya sejak tahun 2014.
Ketua Eksekutifnya, Datuk CM Vignaesvaran berkata, pihaknya tetap komited membasmi gejala penipuan dan rasuah di negara ini biarpun jumlah penyelewengan tersebut kecil berbanding jumlah keseluruhan dana RM400 juta yang diperuntukkan kerajaan.
“Kami melihat terhadap sistem dalaman dahulu dan mencari jalan untuk mengesan penipu. Selepas memperolehi bukti kukuh ketika melakukan penyiasatan awal barulah PSMB akan merujuk kes tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perompak bom mesin ATM

JITRA – Tiga penjenayah melarikan wang tunai kira-kira RM300,000 selepas meletupkan sebuah me­sin pengeluaran wang automatik (ATM) Bank Simpanan Nasional (BSN) di Pekan Jitra 1 di sini menggunakan bom paip buatan sendiri.
Dalam kejadian pukul 5 pagi semalam, kumpulan penjenayah tersebut mengambil masa hanya dua minit untuk mengumpil dan meletupkan mesin ATM tersebut.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superinten­dan Abd. Rahim Abdullah berkata, siasatan di lokasi kejadian mendapati hanya sebuah mesin ATM dirompak manakala sebuah lagi mesin ATM dan mesin deposit tunai (CDM) tidak diusik.

Khamis, 21 April 2016

Pegawai KBS didakwa ubah wang haram RM16.62 juta

KUALA LUMPUR - Bekas Setiausaha Bahagian Kewangan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Otman Arsahd dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan melakukan 64 aktiviti pengubahan wang haram berjumlah hampir RM17 juta tiga tahun lalu.
Bagaimanapun Otman, 57, yang menerima wang menerusi aktiviti pengubahan wang haram daripada empat buah syarikat mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Allaudeen Ismail selepas semua pertuduhan terhadapnya dibacakan di mahkamah tersebut.

Polis berjaya gagalkan penganjuran pesta ganja

KAMPUNG RAJA - Polis berjaya menggagalkan hasrat sekumpulan pemuda yang dipercayai terlibat dalam aktiviti penganjuran pesta ganja yang lebih dikenali Pesta 420 di Pantai Teluk Gadong, Dungun.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab Rahman berkata, kejayaan ini ekoran penahanan empat lelaki berusia 18 hingga 27 tahun di sebuah wakaf berhampiran kawasan pantai tersebut kira-kria jam 5.40 petang, semalam.

Menurutnya,  penahahan suspek dilakukan hasil risikan dan pemantauan pihak polis susulan laporan yang diterima pada 12 April berhubung viral  mengenai penganjuran pesta itu melalui media sosial.

Selasa, 19 April 2016

Rakyat Malaysia Ditahan Bersama 520Kg Ganja Di Danok

SONGKLA – Seorang rakyat Malaysia ditahan bersama-sama 520 kilogram ganja yang disembunyikan dalam perabot yang dimuatkan di dalam trak yang dipandunya di pusat pemeriksaan Imigresen Danok, Sadao, Isnin.

Ketua Tentera Infantri Ke-5 Kolonel Paisan Nusang berkata lelaki itu mendakwa dia dibayar upah RM1,000 untuk membawa dadah terbabit ke Kuala Lumpur.

“Hasil pemeriksaan terhadap trak terbabit, pihak berkuasa menemui 520kg dadah itu dalam 29 bungkusan dianggarkan bernilai 15.6 juta Baht (RM150,000),” katanya kepada pemberita Isnin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...