Ahad, 20 Ogos 2017

KEJADIAN TEMBAK POLIS DI KEDAH, SEORANG SUSPEK DITAHAN

ALOR SETAR: Polis telah menahan seorang suspek berusia 35 tahun berhampiran lokasi kejadian seorang anggota yang maut ditembak di sebuah rumah di Kedah, malam tadi.

Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff, pihaknya turut
memburu dua suspek yang dikenal pasti sebagai Mohd Hatta Johari, 30, dan Mohd Najib Budin, 36.

Katanya, polis sudah pun menyerbu rumah kedua-dua suspek malam tadi namun ia didapati kosong, dan mereka dipercayai telah melarikan diri.

“Kita akan buru habis-habisan dan insyaAllah kita akan selesaikannya dalam masa yang cepat.
Kita akan buru sampai dapat... wajib!

Sabtu, 19 Ogos 2017

PPIM MINTA ATASI ISU LOKAP KOTOR

PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) meminta pihak berkuasa mengatasi isu lokap di negara ini yang kotor dan tidak sesuai untuk dijadikan tempat tahanan atas faktor kemanusiaan.
Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya menerima aduan daripada beberapa pihak yang melabelkan lokap di negara ini pada satu tahap yang begitu teruk dan tidak sesuai dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara Islam.
Katanya, ia perlu diperbetulkan kerana secara umumnya mereka yang ditahan belum dibuktikan bersalah dan tidak seharusnya ditempatkan di dalam satu ruang yang kotor serta diragui kebersihannya.
"Kita terima aduan ada yang tidak sampai hati untuk solat kerana keadaannya kotor serta berbau hancing dan sebagainya. Dalam kes ini, PPIM bersedia memberi kerjasama kepada polis dalam usaha memastikan isu ini selesai.

"Kita juga menyeru ada piawaian yang betul mengenai perkara ini. Tahanan di lokap juga perlu menjalankan tanggungjawab sebagai muslim dengan bersolat. Kalau dah tempat itu terlalu kotor, bagaimana," katanya pada sidang media di pejabatnya hari ini.

Sumber: KLIK DISINI

Khamis, 17 Ogos 2017

Lima Ditahan Dalam Serbuan Bahagian Anti Keganasan

KUALA LUMPUR: Lima lelaki, tiga daripada mereka warga Pakistan, ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) susulan operasi fasa ketiga secara besar-besaran yang diketuai oleh Bahagian Anti Keganasan Bukit Aman di pusat komersial Nilai 3.

Operasi itu yang turut dilakukan di pelbagai lokasi di Lembah Klang dijalankan menjelang Sukan SEA yang akan bermula pada Sabtu.

Difahamkan rakyat Pakistan terbabit, bersama dua rakyat Malaysia, ditahan selepas pihak berkuasa merampas parang dan beberapa keping pasport asing daripada mereka.

"Kami menyiasat semua sudut, termasuk kemungkinan mereka terlibat dalam sindiket pemalsuan pasport," kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Keganasan Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Rabu, 16 Ogos 2017

PEGAWAI DBKL DITAHAN SPRM

PEGAWAI Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) antara lapan individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Shah Alam, semalam, bagi membantu siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa berkaitan bayaran kontrak tuntutan kerja pembersihan sejak 2014.
Semua suspek termasuk tiga wanita berusia 37 hingga 61 tahun ditahan SPRM Selangor di beberapa lokasi.
Sumber SPRM berkata, Pengurus Bahagian Perumahan itu dipercayai meminta dan menerima wang rasuah secara bulanan daripada kontraktor sejak 2014 sehingga tahun ini.
" Perbuatan itu dilakukan sebagai balasan mengurangkan pemotongan tuntutan bayaran ke atas kontrak kerja pembersihan yang dibuat oleh kontraktor berkenaan.

Khamis, 10 Ogos 2017

Pegawai Polis Didakwa Minta Wang Perlindung

SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius akan dakwaan salah laku seorang pegawai polis yang dikatakan meminta sejumlah wang bagi melindungi kegiatan haram.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, siasatan lanjut terhadap dakwaan itu sedang dijalankan.

Menurutnya, pihaknya tidak sesekali akan berkompromi dengan mana-mana pegawai kanan dan anggota yang telah melanggar peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.


"Kita memberi jaminan siasatan lanjut berhubung perkara ini akan dijalankan secara telus dan teliti tanpa melindungi mana-mana pihak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...