Isnin, 9 Julai 2012

BAHANA RASUAH MENJADI BUDAYA


Di negara ini, rata-rata masyarakat telah mengetahui bahawa rasuah merupakan suatu perbuatan jenayah dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan didenda 5 kali nilai ganda suapan atau kedua-duanya sekali. Di samping tindakan punitif tegas yang dikenakan kepada pesalah rasuah, pelbagai dasar, peraturan dan program-program berbentuk pencegahan serta pendidikan masyarakat dilaksanakan bagi membendung gejala ini.

Rasuah ibarat barah yang secara perlahan menyelinap ke seluruh setiap inci anggota tubuh manusia badan dan akhirnya memusnahkan keseluruhan sistem yang ada. Natijah keburukan jenayah rasuah bilamana ianya mula diserap menjadi budaya dalam sesebuah organisasi amatlah digeruni. Jenayah rasuah sekiranya berleluasa dan menjadi budaya sesebuah organisasi akan memberi kesan serta menjejaskan keseluruhan entiti dalam sistem sosial organisasi berkenaan. Ini termasuklah kesan terhadap pekerja, pelanggan, interaksi sosial, perkhidmatan yang ditawarkan, sistem dan prosedur dan sebagainya. 

Dalam konteks jenayah rasuah, golongan pekerja dalam sesebuah organisasi dapat dikategorikan kepada tiga kumpulan iaitu  koruptor,  oportunis dan berintegriti Koruptor merupakan golongan yang bijak mengambil kesempatan atas kelemahan pemimpin, undang-undang dan peraturan, sistem dan prosedur bagi memenuhi kepentingan peribadi termasuk mengaut keuntungan bersifat kedudukan, kewangan dan harta benda. Golongan ini merupakan golongan minoriti tetapi amat berpengaruh dalam sistem sosial sesebuah organisasi. 

Berani meminta dan memujuk rayu suapan rasuah dan menggunakan unsurunsur ugutan serta penindasan jika terdesak. Oportunis merupakan kumpulan pekerja yang bersifat tunggu dan lihat. Tidak berani untuk membuat keputusan dan sentiasa berhati-hati dalam tindakan. Tidak meminta atau memujuk rayu tetapi menerima jika ditawarkan Golongan oportunis merupakan kumpulan majoriti dalam organisasi dan biasanya terdiri dalam kategori pertengahan dan bawahan. Mudah terpengaruh dengan kemewahan yang ditonjolkan oleh golongan koruptor dan dalam masa yang sama takut tertangkap.

Selengkapnya sila BACA DISINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...