| Gambar hiasan | 
KLANG — Sebuah pasar raya borong kerugian wang tunai hampir RM21,000 apabila 
hasil jualan lesap dilarikan perompak dalam kejadian di Seksyen 36, Kampung Jawa 
di sini hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Supt. Mazlan Othman berkata, 
kehilangan wang tunai itu disedari penyelia premis kira-kira 6.45 pagi tadi 
sewaktu mahu memulakan operasi perniagaan.
"Pemeriksaan awal di lokasi kejadian mendapati suspek masuk melalui tingkap 
belakang premis dan kunci tingkap itu dipotong menggunakan peralatan khas 
sebelum suspek menggunakan alat yang sama untuk menebuk peti besi yang 
ditempatkan dalam bilik pejabat premis ini," katanya ketika dihubungi.
Mazlan berkata, siasatan rakaman kamera litar tertutup menunjukkan kelibat 
seorang lelaki bertopi yang dipercayai bertanggungjawab melarikan wang tunai 
berkenaan.—BERNAMA
 
