|  | 
| Gambar hiasan | 
KUALA LUMPUR: Mayat dua lelaki dipercayai rakyat asing 
ditemui dengan kesan tikaman di rusuk dan dada berhampiran Jalan Sungai Tekali 
Hulu Langat, Kajang dekat sini hari ini.
Mayat dua lelaki yang berusia dalam lingkungan 30-an dan lengkap berpakaian 
itu ditemui oleh seorang pemburu babi hutan.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata pemburu itu membuat 
laporan polis berhubung penemuan dua mayat itu di Balai Batu 14, Hulu Langat 
pada pukul 2.20 petang.
Tiada senjata dijumpai di kawasan itu, katanya di sini.
Beliau berkata polis turut menemui dua beg pakaian dan satu telefon bimbit 
berhampiran mayat itu.
"Forensik menemui kesan darah atas jalan menuju ke tempat mayat dan 
berdasarkan keadaan mayat, polis percaya kedua-dua lelaki itu telah mati selama 
tiga hari," katanya.
Kedua-dua mayat itu dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan polis 
meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya 
menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. 
BERNAMA
 
