JOHOR BAHARU, 9 Ogos
(Bernama) -- Polis Johor memperbaharui ikrar untuk membaiki mutu perkhidmatan
dalam usaha menjamin keselamatan awam terutama di negeri itu.
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata ikrar pasukan itu
turut mengambil kira usaha kerajaan menjadikan wilayah Iskandar Malaysia
sebagai lokasi perniagaan bertaraf dunia.
"Kami dengan ini memperbaharui ikrar kami untuk meneruskan usaha
memperbaiki mutu perkhidmatan dalam usaha menjadikan negara ini sebuah negara
yang selamat," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa di Ibu
Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini malam Rabu.
Sultan Johor Sultan Ibrahim dan isteri Tuanku Raja Zarith Sofiah Sultan Idris
serta kesemua anakanda baginda berkenan berangkat ke majlis itu.
Hadir sama Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan Timbalan Ketua Polis
Johor Datuk Ismail Yatim.