KUALA LUMPUR 21 Ogos - Satu kegiatan penyeludupan kapal dagang dan bot tunda penarik tongkang bernilai jutaan ringgit dipercayai didalangi pegawai penguat kuasa sebuah agensi terbongkar selepas Kedutaan Korea Selatan mengesan dua kapal milik negaranya menjadi mangsa kegiatan sindiket tersebut.
Menurut sumber, kegiatan penyeludupan yang dipercayai sudah lama berlaku itu hanya terbongkar baru-baru ini, setelah pihak Imigresen Thailand yang membuat pemeriksaan di pelabuhan negara itu mendapati pihak pengimport menggunakan dokumen palsu untuk urus niaga jualan dua pengangkutan tersebut.
Beliau berkata, siasatan mendapati, kapal dagang dan bot tunda penarik tongkang yang diletak di bawah kawalan dan perundangan itu dikesan diseludup keluar dari pelabuhan di pulau berhampiran Tanjung Pelepas, Johor sejak lebih sebulan lalu.