Ahad, 9 September 2012

Hajat terkubur ditipu ejen kereta RM45,000

Gambar hiasan

AMPANG JAYA: Niat seorang kakitangan awam membeli sebuah kereta mewah terkubur selepas ditipu ejen kereta RM45,000 dalam satu kejadian di Pandan Mewah, di sini, Selasa lalu.

Mangsa yang berusia 41 tahun mengenali ejen kereta itu selepas melihat iklan di tepi jalan sebelum mengambil keputusan menghubungi lelaki itu yang menawarkan harga yang berpatutan.


Menurut sumber polis, mangsa berjumpa dengan lelaki berusia 30-an itu pada pertengahan Mei lalu dan berbincang berkenaan pinjaman kereta yang berjumlah RM110,000.



Katanya, mangsa menyerahkan dokumen penting termasuk kad pengenalan dan slip gaji sebelum segala urusan pinjaman diuruskan lelaki itu.


“Pada Selasa lalu, pinjaman yang diuruskan itu diluluskan dan mangsa mendapat pinjaman berjumlah RM110,000 sebelum lelaki itu meminta wang pengurusan sebanyak RM45,000.



“Tanpa berfikir panjang, mangsa menyerahkan wang berkenaan sebelum lelaki itu melarikan diri,” katanya di sini, semalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...