Sabtu, 15 September 2012

Peniaga maut, isteri parah ditikam perompak

Gambar hiasan

TEMERLOH: Seorang peniaga maut manakala isterinya parah akibat ditikam dalam satu kejadian rompakan di Kampung Baru Simpang Songsang di sini, awal pagi ini.


Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Abd Ghani berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 2.30 pagi berlaku ketika mangsa, Abu Talib Yadin, 56, dan isterinya, Siti Rohani Salleh, 48, baru pulang daripada menjalankan perniagaan mereka di kawasan rehat dan rawat Temerloh.



Katanya, kereta Perodua Kancil dinaiki pasangan itu telah dihalang sebuah kereta Proton Wira berwarna merah yang dinaiki tiga lelaki kira-kira 200 meter dari rumah pasangan itu.



"Perompak tersebut memecahkan cermin belakang dan depan kereta mangsa sebelum bertindak menarik keluar Abu Talib dari keretanya yang mengakibatkan berlakunya pergelutan di antara mereka. 

"Dalam pergelutan itu mangsa ditikam sebanyak tiga kali dengan senjata tajam di bahagian kiri dan kanan rusuk menyebabkan dia mati di tempat kejadian," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. - Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...