KIJAL – “Tindakan pantas jiran menghubungi saya sebaik terdengar alat penggera kereta berbunyi mengelakkan kereta saya dilarikan pencuri,” kata kakitangan Majlis Perbandaran Kemaman, Zahida Mohd Zin.
Kereta Proton Satria Neo milik mangsa nyaris dilarikan penjenayah yang memecah masuk rumahnya dengan menggunakan cangkul dalam kejadian di Kampung Meraga Beris, di sini, kira-kira jam 9.30 malam, Selasa lalu.
Menurutnya, semasa kejadian, tiada penghuni di rumahnya kerana dia dan anak-anak mengikuti suami berkursus selama lima hari di Pulau Pinang.
“Sejurus jiran memaklumkan alat penggera kereta berbunyi, saya segera menghubungi polis untuk melaporkan kejadian itu.
“Jiran sekeliling juga bertindak pantas meninjau keadaan di sekitar rumah saya sebelum lihat ada anak kunci tersangkut pada pintu kereta. Pencuri dipercayai cuba buka kereta saya menggunakan anak kunci disimpan dalam
rumah,” katanya di rumahnya, petang semalam.
Zahida berkata, selepas pulang ke rumah keesokan harinya, dia sekeluarga turut menemui cangkul di satu penjuru rumah dan mengesyaki pencuri menggunakan alat itu untuk mengumpil pintu.
“Setelah memeriksa rumah, kami dapati banyak kesan cubaan pecah masuk pada pintu besar dan tingkap hadapan rumah.Kereta Proton Satria Neo milik mangsa nyaris dilarikan penjenayah yang memecah masuk rumahnya dengan menggunakan cangkul dalam kejadian di Kampung Meraga Beris, di sini, kira-kira jam 9.30 malam, Selasa lalu.
Menurutnya, semasa kejadian, tiada penghuni di rumahnya kerana dia dan anak-anak mengikuti suami berkursus selama lima hari di Pulau Pinang.
“Sejurus jiran memaklumkan alat penggera kereta berbunyi, saya segera menghubungi polis untuk melaporkan kejadian itu.
“Jiran sekeliling juga bertindak pantas meninjau keadaan di sekitar rumah saya sebelum lihat ada anak kunci tersangkut pada pintu kereta. Pencuri dipercayai cuba buka kereta saya menggunakan anak kunci disimpan dalam
rumah,” katanya di rumahnya, petang semalam.
Zahida berkata, selepas pulang ke rumah keesokan harinya, dia sekeluarga turut menemui cangkul di satu penjuru rumah dan mengesyaki pencuri menggunakan alat itu untuk mengumpil pintu.
“Namun, kami bersyukur kerana hanya sebuah pemain cakera padat diambil pencuri dan tiada barang berharga lain yang hilang. Kami kemudiannya membuat laporan polis agar dalang kes ini dapat ditangkap segera,” katanya.
Sementara itu, jiran mangsa yang juga pesara polis, Ahmad Kechik berkata, dia terdengar alat penggera kereta mangsa berbunyi ketika sedang menonton televisyen bersama keluarganya.
“Pada awalnya saya sangka ada kucing bermain di atas keretanya. Jadi sambil menjenguk sepintas lalu ke arah rumah jiran, saya menelefonnya. Namun, jiran memaklumkan mereka sekeluarga tiada di rumah.
“Susulan itu, saya dan beberapa penduduk segera memeriksa rumah Zahida. Kelibat pencuri sudah tiada, cuma kami lihat kunci berada di pintu kereta. Tak sampai 10 minit, sebuah kereta peronda polis tiba dan buat pemeriksaan,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam mengesahkan menerima laporan kejadian.
Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum 14 tahun serta denda.