KUALA TERENGGANU - Walaupun sudah melangsaikan hutangnya daripada individu dipercayai ah
long, seorang peniaga masih dikejar dan diburu seolah-olah mangsa masih
berhutang dengan pemberi pinjaman wang tersebut.
Difahamkan, wanita berusia 37 tahun dari Kampung Wakaf Mempelam, di
sini, itu kini hidup dalam ketakutan akibat masih diugut oleh individu tersebut
bersama konconya yang kononnya menuntut baki hutang sebanyak RM600.
Menurut sumber, dalam kejadian Isnin lalu, kira-kira jam 10 pagi, mangsa
berada di kedainya di Kampung Wakaf Mempelam, di sini, sebelum didatangi tiga
lelaki yang salah seorang daripadanya dikenal dengan nama Along.
“Lelaki
dikenali itu telah menghampiri mangsa dan menuntut baki hutang sebanyak RM600,
sedangkan mangsa mendakwa sudah menjelaskan kesemua hutang itu pada hari Wesak
lalu.
“Disebabkan penjelasannya enggan didengar, mangsa menyuruh lelaki itu
berjumpa dengan suaminya, 48, di rumah mereka untuk mendapatkan bukti
memandangkan suaminya yang telah menyelesaikan bayaran tersebut sebelum ini,”
katanya.
Kata sumber, lelaki itu bersetuju untuk ke rumah pasangan berkenaan
dengan syarat akan membawa anak lelaki mereka yang berusia dua tahun setengah
sebagai cagaran, namun mangsa tidak bersetuju.
“Pada mulanya lelaki itu cuba bertindak kasar mengambil anak pasangan itu yang kebetulan berada bersama mangsa.
“Pada mulanya lelaki itu cuba bertindak kasar mengambil anak pasangan itu yang kebetulan berada bersama mangsa.
“Bagaimanapun, disebabkan ketika itu ramai pelanggan berada di dalam
kedai mangsa, jadi, dia terpaksa beredar begitu sahaja,” katanya.
KLIK DAN BACA LAGI DISINI
KLIK DAN BACA LAGI DISINI