Agensi penguatkuasa yang lain sibuk dengan penugasan sempena Perayaan Aifilfitri 2015.
KUALA TERENGGANU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
Terengganu terus mempertingkatkan Ops Motosikal di seluruh daerah sepanjang
musim perayaan Aidilfitri ini, sebagai usaha mengurangkan kadar kemalangan
melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.
Pengarahnya Abdul Rahman Emang Anyie berkata fokus
utama operasi berkenaan adalah terhadap motosikal kerana ia penyumbang terbesar
kepada statistik
kemalangan jalan raya.
kemalangan jalan raya.
Katanya dalam Ops Musim Perayaan, JPJ memberi
tumpuan di jalan-jalan utama yang kerap berlaku kemalangan dengan melaksanakan
strategi penguatkuasaan dilihat
bagi meningkatkan lagi persepsi telah ditangkap (POBC) dalam kalangan
penunggang dan pembonceng motosikal.
"Operasi bermula 10 hingga 25 Julai ini adalah
salah satu komponen operasi sempena Aidilfitri yang dilaksanakan di seluruh
negara dan bertujuan memastikan
kemalangan melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal dapat dikurangkan.
kemalangan melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal dapat dikurangkan.
"Menerusi strategi dan pemantauan operasi ini,
kita berharap dapat menemui hasil yang baik dengan kadar kemalangan dan
kematian dapat dikurangkan berbanding tahun lepas," katanya kepada
pemberita selepas Ops Motosikal di sini hari ini.
Sepanjang Ops tersebut, sebanyak 102 saman telah
dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi yang diadakan di daerah Kuala
Terengganu, Besut dan
Kemaman.
Kemaman.
Abdul Rahman berkata dalam operasi selama empat jam
itu juga, lima buah motosikal telah disita.
"Antara kesalahan yang paling tinggi dikesan
membabitkan lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh dan lima individu telah
ditahan kerana positif dadah," katanya.
Abdul Rahman berkata walaupun tumpuan lebih
diberikan kepada motosikal, pihaknya tidak akan berkompromi dengan pemandu
kereta yang melakukan kesalahan. - Bernama