Selasa, 3 Mac 2015

Lelaki Maut Ditembak Jarak Dekat

Gambar hiasan
GEORGE TOWN, 2 Mac (Bernama) -- Seorang lelaki maut ditembak dari jarak dekat di Jalan Scotland di sini, Isnin malam.

Mangsa yang berusia 51 tahun dan bekerja dengan syarikat pengawal keselamatan ditembak dua lelaki yang menunggang motosikal ketika dia berhenti di lampu isyarat pada pukul 9.30 malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Datuk Mazlan Kesah berkata suspek telah menghampiri kereta Honda Odyssey mangsa dan melepaskan beberapa das tembakan.

Isnin, 2 Mac 2015

Pelajar Sekolah Bawa Parang Ditahan

Gambar hiasan
GEORGE TOWN, 1 Mac (Bernama) -- Polis menahan seorang atendan hospital swasta dan tiga pelajar sekolah disyaki terlibat dalam kegiatan samun selepas menahan sebuah kereta di Jalan Campbell, di sini, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata pada kejadian pukul 11 pagi itu sepasukan anggotanya yang sedang melakukan rondaan cegah jenayah mengarahkan mereka berhenti kerana didapati berkelakuan mencurigakan.

"Bagaimanapun pemandu kereta jenis Proton Saga itu terus memecut namun mereka gagal meloloskan diri dan dapat diberkas beberapa kilometer dari tempat kejadian," katanya kepada pemberita di sini.

Ahad, 1 Mac 2015

Tauke Kedai Warga Myanmar Maut Ditetak


SHAH ALAM: Seorang lelaki warga Myanmar ditemui mati dengan beberapa kesan tetakan di seluruh badan di sebuah kedai runcit di Taman Harmoni, Ijok dekat sini, Khamis malam.

Dalam kejadian 12 tengah malam itu, mayat Soe Tin, 31, ditemui terbaring berlumuran darah di premis berkenaan yang dipercayai diusahakannya sejak setahun lepas.

Mayat Lelaki Warga Emas Dipercayai Dibunuh


TAMPIN: Mayat seorang lelaki warga emas dipercayai dibunuh ditemui di dalam rumahnya di Taman Bukit Tampin, di sini, Jumaat.

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Wooi Kooi Cheang berkata mayat lelaki berumur 68 tahun itu ditemui oleh jirannya yang datang untuk memberi makanan kepadanya pada 2.34 petang.

Pesara Wanita Cedera Dirompak dan Kerugian RM60,000


KEPALA BATAS: Seorang pesara kerajaan wanita bukan sahaja kerugian lebih RM60,000 dirompak tiga lelaki malah turut cedera selepas dipukul perompak berkenaan dalam kejadian di rumahnya di Jalan Tasek Gelugor, dekat sini awal pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata dalam kejadian pada 5 pagi itu, mangsa berusia 66 tahun sedang tidur sebelum terjaga selepas terdengar bunyi bising dalam biliknya di tingkat atas rumah dua tingkat berkenaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...