Selasa, 28 April 2015

Dua penjenayah mati ditembak


KULAI JAYA – Dua penjenayah dipercayai warga asing ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan kira-kira 500 meter dari Taman Rekreasi Hutan Bandar Putra di sini awal pagi semalam.
Dalam kejadian pada pukul 3.40 pagi itu, sepasukan anggota polis yang sedang melakukan rondaan melihat sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan berhenti di sebatang jalan mati.

Sabtu, 25 April 2015

Suspek kes bunuh ditahan bersama 150 butir peluru


BESUT - Seorang suspek utama yang dikehendaki berhubung kes bunuh di Kelantan dua tahun lalu ditahan awal pagi tadi beserta 150 butir peluru.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Asisten Komisioner Polis Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, lelaki berusia 31 tahun itu ditahan kira-kira pukul 5.30 pagi di Kampung Amir di sini.
Beliau berkata, suspek cuba malarikan diri dengan keretanya ketika dua anggota polis sedang menjalankan tugas rondaan di Jabi, Jerteh.

Empat nelayan Mersing ditahan positif dadah


Syabas dan tahniah PPM Wilayah 2. Perlu dilaksanakan berterusan termasuk PPM dilain-lain wilayah.
JOHOR BAHRU - Gara-gara mengambil dadah ketika menangkap ikan di laut, empat nelayan ditahan selepas ujian air kencing ke atas mereka didapati positif dadah dalam dua operasi berasingan di perairan Mersing dekat sini malam semalam.
Dalam operasi Op Sapu pertama yang dijalankan kira-kira pada pukul 12 tengah malam itu, polis berjaya menahan dua lelaki warga tempatan selepas didapati positif dadah jenis ganja dan heroin di Terminal Jeti Tanjung Leman, Mersing.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, pada serbuan kedua pula pihaknya menahan sebuah bot tunda kelas B sebelum memberkas dua lagi lelaki setelah didapati positif dadah jenis syabu di perairan Pulau Sibu. - KOSMO!

Sabtu, 18 April 2015

Sindiket ‘Macau Scam’ tumpas


KUALA LUMPUR 17 April - Polis berjaya menumpaskan kegiatan sindiket ‘Macau Scam’ yang dipercayai telah melakukan penipuan melibatkan kerugian lebih RM20 juta dengan tertangkapnya 52 orang termasuk 26 wanita warga China dalam serbuan di enam kondominium mewah di ibu negara bermula semalam hingga awal pagi ini.

Dipercayai kondominium yang diserbu terletak di lokasi berhampiran KLCC, Pavilion, Jalan Kia Peng dan Bukit Damansara serta disewa dengan kadar mencecah RM30,000 sebulan.

Pengawal keselamatan mengamuk


JOHOR BAHRU, 17 April: Seorang pengawal keselamatan sebuah bank mengamuk mengakibatkan seorang pegawai bank terbunuh manakala seorang lagi cedera.

Pegawai bank terbabit yang berusia 33 tahun maut, selepas ditikam pengawal keselamatan yang bertugas di bank berkenaan dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang di Taman Molek, di sini, hari ini.

Manakala seorang lagi kakitangan wanita bank berkenaan cedera parah selepas dilibas menggunakan senjata tajam oleh pengawal keselamatan terbabit, lapor portal New Straits Times (NST) Online.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...