Ahad, 7 Februari 2016

Dua Suspek Pecah Rumah Cedera Ditembak


DUNGUN: Dua suspek kes pecah rumah cedera ditembak ketika cuba menyerang anggota polis dalam satu kejadian di Kampung Batu Tiong di sini pagi Sabtu. 

Dalam kejadian kira-kira jam 3.45 pagi itu tiga lelaki dipercayai cuba memecah masuk ke dalam sebuah rumah penduduk kampung itu namun berjaya dikesan pihak polis. 

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacob berkata ketiga-tiga suspek cuba menyerang anggotanya termasuk seorang yang bersenjatakan kayu dan tembakan terkena kaki kanan salah seorang suspek, manakala peluru yang sama turut terkena bahagian punggung kiri seorang lagi suspek.

Sabtu, 6 Februari 2016

Tahun Baharu Cina: Polis Terengganu Kerah 460 Pegawai, Anggota

KUALA TERENGGANU, 5 Feb (Bernama) -- Polis Terengganu mengerah 460 pegawai dan anggotanya bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam di negeri ini sepanjang perayaan Tahun Baharu Cina ini.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Ab Rahman berkata kesemua mereka ditugaskan di jalan raya, kawasan perumahan serta premis perniagaan.

Individu Aib Gambar Pemimpin Negara Berdepan Tindakan Undang-undang

PETALING JAYA, 5 Feb (Bernama) -- Individu yang menyebar atau mengaibkan gambar pemimpin negara bakal berdepan dengan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata akta berkenaan melarang pengguna media sosial menyalah guna kemudahan untuk tujuan memburukkan individu tertentu.

"Saya memberi amaran kepada pengguna media sosial yang berbuat sedemikian dengan tujuan menggunakan platform komunikasi itu bagi tujuan mengancam dan memburukkan orang lain khususnya pemimpin negara," katanya dalam sidang media sempena Kempen Keselamatan Jalan Raya Op Selamat 8/2016 di Plaza Tol Litrak di sini, Jumaat.

Jumaat, 5 Februari 2016

Mahkamah perintah 19 tertuduh bela diri

KOTA KINABALU - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan 19 daripada 30 individu yang didakwa melakukan pelbagai kesalahan berkaitan pencerobohan bersenjata di Lahad Datu tiga tahun lepas, untuk membela diri.
Hakim Stephen Chung membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap 16 warga Filipina termasuk seorang wanita dan tiga lelaki tempatan.

Mahkamah menetapkan tiga minggu mulai 22 Feb untuk perbicaraan. - Bernama

Perompak hilang pergelangan tangan kiri

KULIM, 5 Februari 2016:  Berang dengan tindakan dua perompak yang berhajat merompak kedai milik keluarganya, anak pekedai serbaneka bertindak melibas putus pergelangan tangan kiri salah seorang perompak kedainya itu.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 7.45 malam tadi di Kilang Lama itu disahkan Ketua Polis Daerah Kulim, Supritendan Abdullah Arshad, lapor Astro Awani.

Menurut Abdullah, kedua-dua suspek bersenjatakan parang panjang dan pisau meluru masuk ke dalam kedai dengan memakai topi keledar dan menutup muka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...