Rabu, 17 Februari 2016

Polis tahan suami pukul isteri di tepi jalan

BATU PAHAT: Polis menahan seorang lelaki yang memukul isterinya menggunakan kasut di tepi jalan berhampiran pintu masuk Plaza Tol Ayer Hitam, di kediamannya di Taman Sri Kluang, dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad, berkata lelaki berusia 44 tahun itu ditahan pada jam 7.30 malam dan kini direman empat hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Katanya, suspek ditahan hasil maklumat orang awam yang tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat di sini, yang mengecam kenderaan suspek dan menyaksikan insiden berkenaan.

ASP, Dua Anggotanya Ditahan Lindungi Sindiket Kenderaan Klon

SEREMBAN - Tiga polis termasuk seorang pegawai berpangkat Asisten Superintendan (ASP) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Malaysia (SPRM) negeri ini selepas disyaki menerima suapan bagi melindungi sindiket kenderaan klon. Ketiga-tiganya yang berusia 27 hingga 54 tahun itu didakwa menerima wang bagi tujuan tersebut sebanyak RM1,500 setiap bulan sejak setahun lalu.
Sumber berkata, mereka ditahan di kawasan Temiang di sini antara pukul 2 dan 2.30 petang tadi.
"Tiga suspek termasuk seorang masing-masing berpangkat Koperal dan Konstabel itu disyaki terlibat dengan sindiket penjualan kenderaan klon serta pelupusan kenderaan curi.

Selasa, 16 Februari 2016

PASANGAN KEKASIH AKTIF PECAH RUMAH DIBERKAS

Batu Gajah - Perbuatan sepasang kekasih memecah masuk puluhan rumah di sekitar Batu Gajah dan Ipoh dekat sini sejak 10 tahun lalu terbongkar selepas kedua-dua mereka diberkas dalam satu serbuan di Taman Ipoh di sini malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohd Nasri Omar berkata, suspek lelaki berumur 31 tahun dan teman wanitanya berusia 34 tahun itu ditahan semasa polis menyiasat satu kes pecah rumah sertakehilangan kereta membabitkan seorang guru di Pusing di sini pada 3 Februari lepas.

SOROK DADAH DI BANGSAL KUDA TERBONGKAR

Kota Bharu - Satu sindiket pengedaran dadah yang menjadikan sebuah bangsal kuda sebagai tempat simpanan barang larangan itu terbongkar selepas sepasukan polis menyerbu premis terbabit dan menemui sebanyak 558 pil kuda bernilai RM16,470 di Jalan Sabak, Kampung Teluk Kitang di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 8.35 malam itu, seramai lima lelaki termasuk seorang pelajar tingkatan tiga berusia antara 15 hingga 45 tahun yang berada di bangsal terbabit turut ditahan.

Polis Tahan Tiga Lelaki Warga Indonesia Bantu Siasatan Kes Rompakan

KUCHING, 16 Feb (Bernama) -- Polis menahan tiga lelaki warga negara Indonesia berusia antara 24 dan 26 tahun bagi membantu siasatan kes rompakan di rumah seorang ahli perniagaan di Jalan Pusataka, Petra Jaya pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad berkata kes disiasat di bawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan dan ketiga-tiga suspek dibawa ke mahkamah hari ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, ahli perniagaan terbabit serta isteri dan tiga anaknya diikat oleh perompak bersenjata sebelum rumah mereka digeledah dan barangan serta wang tunai bernilai RM60,000 telah dilarikan perompak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...