Khamis, 10 Mac 2011

Pembangkan​g pun tak berterima kasih pada polis - Hishammudd​in

Tindak tanduk pembangkang yang kerap menyalahkan pihak polis walaupun pihak berkuasa itu berjaya membanteras jenayah dan indeks jenayah lain dibidas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau menyelar pembangkang yang bukan sahaja tidak berterima kasih atas kejayaan polis membanteras kegiatan jenayah tetapi kerap melihat tugas dan peranan polis dalam aspek negatif.
“Apa saja kita (polis) buat semua tak kena, kalau ada berkaitan indeks jenayah mereka kaitan dengan isu tahanan, apa saja kita cakap, mereka putar belit,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, Rabu.

PDRM Johor Azam Wujudkan satu Hari Tanpa Jenayah

JOHOR BAHARU, 9 Mac (Bernama) -- Dengan penduduk sekitar 3.2 juta selain 80,000 pengunjung setiap hari dan pembangunan ekonomi yang pesat khususnya di kawasan Iskandar Malaysia, aspek keselamatan di Johor bukan perkara remeh.

Apatah lagi tanggungjawab itu dipikul oleh hanya 8,217 anggota dan pegawai polis.

Namun bagi Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, tanggungjawab sebesar itu bukan penghalang untuk mewujudkan 'satu hari tanpa jenayah' di negeri ini.

Menerusi satu temu bual dengan pemberita sempena Hari Polis ke-204 yang akan disambut pada 25 Mac ini, beliau berkata sasaran itu tidak mustahil kerana Johor kini mencatatkan penurunan kadar jenayah yang melepasi Penunjuk Prestasi Utama (KPI).

Polis Tahan Enam Lelaki Dan Dua Wanita Disyaki Pengedar Dadah

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Polis menahan enam lelaki dan dua wanita yang disyaki terbabit dalam kegiatan mengedar dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah teres di Taman Bukit Permai, Ampang di sini, awal pagi semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata polis turut merampas bahan disyaki dadah jenis ketamin bernilai sekitar RM330,000 dalam serbuan pada kira-kira pukul 2 pagi itu.

Beliau berkata siasatan awal mendapati semua mereka yang berumur antara 21 dan 37 tahun itu terlibat dalam kegiatan membungkus dan mengedar dadah di dalam rumah berkenaan.

Katanya polis turut menemui satu beg yang berisi 15 peket plastik lutsinar yang disyaki mengandungi dadah jenis ketamin dianggar seberat 15.062kg, serta beberapa peket plastik kosong, alat timbang dan "Sealer" dalam rumah itu.

Ahli perniagaan hadapi 27 tuduhan ubah wang haram



KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 27 pertuduhan pengubahan wang haram, dua tahun lepas, yang membabitkan urus niaga berjumlah RM695,800. 

C Yoganandha Moorthy, 37, didakwa melakukan kesalahan itu di Public Bank Berhad, Jalan Tembaga SD 5/2A, Bandar Sri Damansara, di sini antara 5 Oktober 2007 hingga 6 November 2007 dan di Hong Leong Bank, Jalan Perak, antara 8 Oktober 2007 hingga 22 Oktober tahun sama.

Mengikut kertas pertuduhan, dia membabitkan diri dalam pengubahan wang haram dengan menggunakan hasil daripada aktiviti haram sebanyak RM695,800 untuk membayar beberapa vendor melalui cek milik akaun Orient Coating Sdn Bhd.

Belasah pelajar: MB harap pelajar nakal tidak dibuang

KANGAR 9 Mac - Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berharap empat pelajar nakal yang dikaitkan dengan kes membelasah seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di Simpang Empat sehingga patah tangan kirinya tidak disingkirkan daripada sekolah.

Katanya, mereka sewajarnya diberi peluang untuk terus belajar dengan dipindahkan ke sekolah lain dan diberi pemulihan supaya mereka menyedari kesalahan itu.

"Mereka harus diberi peluang membaiki kesilapan demi masa depan mereka,” katanya kepada pemberita selepas melawat Mohamad Shahfaly Anoar, 15, yang patah tangan kirinya akibat dibelasah sekumpulan pelajar di Kampung Simpang Empat Syed Kassim dekat sini hari ini.

Dalam kejadian 4 Mac lalu, mangsa dikatakan dipukul oleh sekumpulan pelajar tingkatan tiga dan dua sekolah yang sama di kawasan sekolah dan kes itu yang telah dilaporkan kepada polis turut mendapat reaksi nasional.

"Jika pelajar-pelajar itu tidak diberi peluang untuk memperbaiki kesilapan yang dilakukan, saya khuatir pelbagai perkara tidak baik akan terjadi kepada mereka,” kata Md Isa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...