Rabu, 30 Januari 2013

Bayi lelaki dijumpai dalam beg pakaian di Sekinchan

Gambar hiasan

SABAK BERNAM: Seorang bayi lelaki berusia seminggu ditemui di luar warung kopi di Parit 7, Sungai Leman, Sekinchan di sini, hari ini. 

Bayi yang dibaluti kain batik dan diletak di dalam sebuah beg pakaian itu ditemui pemilik warung, Khairuddin Hassan, 51, kira-kira jam 7 pagi ketika ingin memulakan perniagaan. 

Khairuddin berkata, apabila tiba di depan warungnya, beliau ternampak sebuah beg pakaian di atas tanah di tepi meja lalu membukanya untuk mengetahui isi kandungan beg itu.

Polis lancar gerakan besar-besaran kesan remaja hilang di gim


KUALA LUMPUR: Polis melancarkan gerakan besar-besaran bagi mengesan seorang remaja M.Jethendran yang dilaporkan hilang selepas mengunjungi gim di Taman Desa, Jalan Kelang Lama di sini, Jumaat lalu. 

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhd Azlee Abdullah berkata, gerakan itu dilancarkan selepas polis mengedar gambar remaja berusia 16 tahun itu ke balai polis di seluruh negara serta orang ramai bagi membantu mengesan mangsa. 

Rangka wanita ditemui berhampiran KLIA

Gambar hiasan

SEPANG: Rangka seorang wanita tanpa kepala ditemui pada rimbunan pokok mengkuang berdekatan Pusat Pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini. 

Rangka itu ditemui seorang pekerja pembersihan Sukirno Sukar, 53, pada jam 11.30 pagi. 

"Saya merasa pelik kerana mayat reput itu tidak mempunyai kepala. Saya memeriksa kawasan sekeliling dan jumpa kepala wanita itu tergantung pada pokok serta diikat dengan tali," katanya kepada pemberita. 

Turut ditemui bersama ialah pasport dipercayai milik wanita itu, kad kredit dan sejumlah wang kertas China. 

Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Imran Abdul Rahman ketika dihubungi berkata, siasatan awal mendapati tiada tanda hentakan atau kecederaan pada bahagian kepala mangsa. 

"Peringkat awal polis klasifikasikan sebagai kematian mengejut, mayat dah dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat, kemudian akan lihat hasil bedah siasat sama ada kematian mengejut atau sebaliknya," katanya. 

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu atau kehilangan anggota keluarga atau rakan supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - BERNAMA 

Selasa, 29 Januari 2013

KENAPA KEJADIAN SEBEGINI BOLEH BERLAKU ???


KUANTAN - Tindakan biadab sekumpulan pelesit rempit yang menunggang sambil melakukan aksi berbahaya di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini memakan diri apabila sembilan daripadanya diberkas semalam.

Pelesit rempit berusia antara 15 hingga 17 tahun tersebut diberkas dalam operasi selama empat jam bermula pukul 1 pagi oleh sepasukan polis dari Unit Khas Ketua Trafik Bukit Aman.

Difahamkan, golongan itu sengaja merempit di depan IPD berkenaan seolah-olah hendak mencabar pasukan keselamatan tersebut.

Antara yang diberkas ialah sepasang remaja yang baru beberapa jam berkenalan dan seorang remaja berusia 15 tahun. Selain memandu laju, mereka juga melakukan aksi mengangkat tayar depan atau wheelie.

Isnin, 28 Januari 2013

IPD JB Selatan lakar sejarah

IPD JB Selatan lakar sejarah
Ismail diiringi Zainuddin melancarkan program Ronda Berbasikal Pegawai Kanan Polis IPDJBS dan Pelepasan Ronda dan Riadah Jelajah Johor 'Crime Awareness' NKRA Johor di IPK Johor

JOHOR BAHRU – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan melakar sejarah tersendiri apabila menjadi IPD pertama di negara ini yang memiliki pasukan ronda berbasikal melibatkan pegawai kanan polis, dalam usaha membanteras jenayah secara berterusan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berkata, seramai 80 pegawai kanan di bawah IPD berkenaan terlibat dalam pasukan itu bagi meningkatkan tahap kesejahteraan dan kawalan keselamatan di sesuatu kawasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...