Rabu, 25 Februari 2015

Kumpulan Anti Demokrasi Ugut Bunuh, Letup Kereta KPN

PETALING JAYA: Selepas ugutan membakar mercun di mahkamah baru-baru ini, terkini sebuah kumpulan yang menggelarkan diri sebagai Anak Malaysia Anti Demokrasi (Amad) memuat naik klip video ugutan bunuh terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Video berdurasi 1.27 minit dimuat naik di YouTube itu mengugut membunuh Khalid dengan meletupkan keretanya, sebagai desakan untuk beliau meletak jawatan.
Ia digambarkan pada akhir video itu dengan seorang lelaki bertopeng membawa kereta mainan di hadapan lelaki dengan muka bertutup dan membakar kereta tersebut menggunakan pemetik api disusuli bunyi letupan.

Selasa, 24 Februari 2015

Sairah mati dibunuh dengan kejam


KENINGAU: Sairah Fitri Tifanus, 20, penuntut kolej swasta yang ditemui mati dalam tandas di Pejabat Daerah Keningau semalam, disahkan mati akibat dibunuh.

Ia susulan laporan bedah siasat yang menemui dua tikaman di bahagian tulang rusuk mangsa.

Bedah siasat dijalankan di Hospital Queen Elizabeth (QEH) di Kota Kinabalu turut menemui kesan lebam di beberapa bahagian muka dan badan gadis terbabit, dipercayai akibat terhantuk pada objek tumpul, selain tusukan kecil di dada kanan.

PDRM tawar lebih 2,000 jawatan kadet inspektor


SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan lebih 2,000 kekosongan jawatan kadet inspektor kepada pegawai lepasan Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Suksis) Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tahun ini. 

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata tawaran tersebut bertujuan memberi peluang kepada graduan Suksis menceburkan diri secara lebih lanjut dalam bidang kepolisan sejurus tamat pengajian. 

"Dengan latihan selama tiga tahun di universiti, kami merasakan latihan tempoh asas juga akan dipendekkan sekiranya mereka terpilih untuk sertai PDRM.

Sabtu, 21 Februari 2015

Penganggur maut ditembak di hadapan rumah

SUNGAI SIPUT - Seorang lelaki maut selepas terkena beberapa das tembakan dalam kejadian di Taman Tun Sambanthan di sini awal pagi tadi.
Dalam kejadian pada pukul 12.30 pagi, mangsa yang dikenali sebagai Suren, 28, baru pulang menaiki sebuah kereta dan ditembak ketika mahu masuk ke dalam rumah.
Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Wan Jamil Wan Chik berkata, mangsa maut akibat terkena tembakan di lengan kiri, bahu kanan, pipi kiri serta bahagian belakang kepala.
"Mayat mangsa yang tidak bekerja itu dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan setakat ini kita masih menyiasat motif kejadian," katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi. - KOSMO!

Peragut ganas belasah wanita hingga cedera parah


Serdang: Polis menggiatkan usaha memburu dua peragut ganas bermotosikal yang membelasah seorang wanita hingga cedera parah awal pagi Rabu lalu.

Dalam kejadian jam 6.45 pagi itu, suspek langsung tidak mengeluarkan kata-kata amaran sebelum memukul mangsa di Jalan Bandar Kinrara 2 di sini.

Serangan mendadak itu menyebabkan mangsa wanita warga Indonesia berusia lingkungan 30-an itu mengalami luka teruk ke kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Razimi Ahmad berkata, kejadian berlaku ketika mangsa sedang berjalan kaki menuju ke tempat kerja di kawasan berhampiran.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...