Ahad, 1 Mac 2015

Tauke Kedai Warga Myanmar Maut Ditetak


SHAH ALAM: Seorang lelaki warga Myanmar ditemui mati dengan beberapa kesan tetakan di seluruh badan di sebuah kedai runcit di Taman Harmoni, Ijok dekat sini, Khamis malam.

Dalam kejadian 12 tengah malam itu, mayat Soe Tin, 31, ditemui terbaring berlumuran darah di premis berkenaan yang dipercayai diusahakannya sejak setahun lepas.

Mayat Lelaki Warga Emas Dipercayai Dibunuh


TAMPIN: Mayat seorang lelaki warga emas dipercayai dibunuh ditemui di dalam rumahnya di Taman Bukit Tampin, di sini, Jumaat.

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Wooi Kooi Cheang berkata mayat lelaki berumur 68 tahun itu ditemui oleh jirannya yang datang untuk memberi makanan kepadanya pada 2.34 petang.

Pesara Wanita Cedera Dirompak dan Kerugian RM60,000


KEPALA BATAS: Seorang pesara kerajaan wanita bukan sahaja kerugian lebih RM60,000 dirompak tiga lelaki malah turut cedera selepas dipukul perompak berkenaan dalam kejadian di rumahnya di Jalan Tasek Gelugor, dekat sini awal pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata dalam kejadian pada 5 pagi itu, mangsa berusia 66 tahun sedang tidur sebelum terjaga selepas terdengar bunyi bising dalam biliknya di tingkat atas rumah dua tingkat berkenaan.

Jumaat, 27 Februari 2015

Nyaris maut selepas ditembak sindiket pengedaran dadah


Tanah Merah: Sepasang suami isteri nyaris maut selepas ditembak sindiket pengedaran dadah dalam kejadian di Kampung Alor Bemban, Bukit Kecik, semalam.

Dalam kejadian jam 9.20 pagi itu, tembakan dilepaskan oleh seorang suspek tersasar sebelum mangsa berusia 38 tahun melarikan diri.

Bagaimanapun, isteri mangsa berusia 25 tahun yang turut berada di rumah tidak dicederakan.

Lelaki Indonesia tetak muka rakan hingga parah


Kapar: Perselisihan faham dipercayai menjadi punca sekumpulan lima lelaki Indonesia menetak rakan senegara hingga parah berhampiran sebuah pawagam, di sini, 20 Februari lalu.

Difahamkan semua suspek mengenali mangsa yang ditetak di bahagian muka dan belakang kepala menggunakan parang hingga parah.

Harian Metro Ahad lalu melaporkan, lelaki warga Indonesia parah selepas ditetak sekumpulan lelaki di tengah orang ramai di hadapan panggung wayang menggunakan parang selepas bertengkar di pusat karaoke.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...