Ahad, 7 Februari 2016

Tiga Lelaki Bersenjatakan Parang Ditahan Selepas Samun Kafe Siber

Gambar hiasan
JOHOR BAHARU, 6 Feb (Bernama) -- Tiga lelaki bersenjatakan parang disyaki menyamun sebuah kafe siber di bandar Parit Raja, dekat Batu Pahat ditahan polis pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Din Ahmad yang mengesahkan kejadian itu ketika dihubungi berkata orang awam melaporkan kejadian yang dipercayai melibatkan empat lelaki kepada pihaknya kira-kira 9 pagi tadi.

Din berkata suspek pada mulanya melarikan diri menggunakan kereta Proton Wira berwarna merah namun menukar kenderaan lain setelah kereta mereka dikepung orang awam dan polis.

Pemuda parah ditembak sewaktu bonceng motosikal

BACHOK – Seorang penganggur cedera parah pada belakang badan selepas ditembak dari jarak dekat oleh lelaki yang tidak dikenali di Kampung Pauh Lima di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12,30 te­ngah malam itu, mangsa yang berusia 24 tahun membonceng motosikal bersama adiknya berusia 20 tahun menuju ke rumah mereka di Bukit Temelong, Gunong di sini selepas minum di Peringat di sini.

Dua Suspek Pecah Rumah Cedera Ditembak


DUNGUN: Dua suspek kes pecah rumah cedera ditembak ketika cuba menyerang anggota polis dalam satu kejadian di Kampung Batu Tiong di sini pagi Sabtu. 

Dalam kejadian kira-kira jam 3.45 pagi itu tiga lelaki dipercayai cuba memecah masuk ke dalam sebuah rumah penduduk kampung itu namun berjaya dikesan pihak polis. 

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacob berkata ketiga-tiga suspek cuba menyerang anggotanya termasuk seorang yang bersenjatakan kayu dan tembakan terkena kaki kanan salah seorang suspek, manakala peluru yang sama turut terkena bahagian punggung kiri seorang lagi suspek.

Sabtu, 6 Februari 2016

Tahun Baharu Cina: Polis Terengganu Kerah 460 Pegawai, Anggota

KUALA TERENGGANU, 5 Feb (Bernama) -- Polis Terengganu mengerah 460 pegawai dan anggotanya bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam di negeri ini sepanjang perayaan Tahun Baharu Cina ini.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Ab Rahman berkata kesemua mereka ditugaskan di jalan raya, kawasan perumahan serta premis perniagaan.

Individu Aib Gambar Pemimpin Negara Berdepan Tindakan Undang-undang

PETALING JAYA, 5 Feb (Bernama) -- Individu yang menyebar atau mengaibkan gambar pemimpin negara bakal berdepan dengan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata akta berkenaan melarang pengguna media sosial menyalah guna kemudahan untuk tujuan memburukkan individu tertentu.

"Saya memberi amaran kepada pengguna media sosial yang berbuat sedemikian dengan tujuan menggunakan platform komunikasi itu bagi tujuan mengancam dan memburukkan orang lain khususnya pemimpin negara," katanya dalam sidang media sempena Kempen Keselamatan Jalan Raya Op Selamat 8/2016 di Plaza Tol Litrak di sini, Jumaat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...