KUALA PILAH- Siri kedua laporan khas sempena Hari Polis ke-204, cuba menyelami usaha Ketua Polis Daerah, Superintendan Jaafar Baba mendekati rakyat bagi menangani kejadian jenayah.
Jaafar berkata, hubungan rapat dengan masyarakat sebenarnya banyak membantu meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap penduduk.
“Masyarakat juga sudah mengetahui talian hot line 06-484 2999 yang beroperasi 24 jam.
“Sehubungan itu, konsep Komuniti Kepolisan atau Community Policing dilihat berjaya membentuk dua elemen yang berkait rapat iaitu rakan kongsi dan penyelesaian masalah,” katanya.
Menurutnya, rakan kongsi seperti komuniti, badan bukan berkanun, sekolah, lain-lain agensi kerajaan termasuklah Ikatan Relawan Rakyat (Rela), Rukun Tetangga dan sebagainya.
“Sementara, penyelesaian masalah pula berkait rapat dengan model SARA.
“Saya aplikasikan model SARA kerama model ini mempunyai kekuatannya tersendiri sekiranya kita bijak mengaplikasikan pada bidang yang kita ceburi,” katanya.