Isnin, 28 Mac 2011

Lelaki ugut bakar rumah ibu

PASIR PUTEH - Seorang ibu, Mariam Daud, 73, nyaris mati di tangan anaknya yang dipercayai seorang penagih dadah tegar cuba membakar rumahnya di Kampung Haji Wan Omar di sini, tengah malam kelmarin. 

Bagaimanapun, perbuatan itu digagalkan penduduk kampung yang melihat kejadian itu. 

Lelaki terbabit dipercayai hilang pertimbangan selepas gara-gara pil kuda secara berlebihan, seorang lelaki cuba membakar rumah ibunya di Kampung Haji Wan Omar, Tok Bali di sini, kelmarin. 

Bagaimanapun, hasrat lelaki berusia 43 tahun itu yang dipercayai penagih dadah tegar berjaya dipatahkan penduduk kampung 
Menurut adik bongsunya, Mohd Hadi, 34, sebelum kejadian, suspek duda anak dua sanggup menghalau ibu, dan juga adiknya yang cacat, Rohani Salleh, 38, keluar dari rumah berkenaan. 

“Pada malam itu (kelmarin), kira-kira jam 12 tengah malam, abang tiba-tiba mengugut hendak membakar rumah ibu menyebabkan saya cuba menghalang, namun, terus dimarahi sebelum diberi amaran oleh abang supaya tidak masuk campur. 

“Dia mengelilingi rumah ibu dengan petrol sebelum menyalakannya dengan api rokok, namun, sempat dipadamkan oleh saya ketika api mula hendak merebak, ketika itu berlaku sedikit pergelutan antara kami apabila saya cuba merampas tong berisi petrol di tangannya,” katanya. 

Hadi berkata, abangnya terus melarikan diri sebaik menyedari penduduk kampung datang secara beramai-ramai untuk memberi bantuan kepadanya. 

Menurutnya, bagaimanapun abangnya itu berjaya diberkas oleh beliau dengan bantuan penduduk kampung, pagi semalam, ketika pulang ke rumah ibu untuk mengambil`barang’ itu sebelum dibawa ke Balai Polis Cherang Ruku. 

Difahamkan, suspek yang bercerai dengan isterinya dikatakan baru keluar lokap, Rabu lalu, dikatakan pernah bertumbuk dengan Mohd Hadi. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Kamal Zainal ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan siasatan sedang giat dijalankan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...