Isnin, 6 Mei 2013

Mayat lelaki ditetak tertiarap tepi jalan

Gambar hiasan

Gombak: Seorang lelaki berusia 20 tahun ditemui mati dengan kesan tetakan di tengkuk di tepi Kilometer (KM) 14.5 Jalan Ulu Yam-Sungai Tua, Batu Caves, dekat sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, mangsa M Kanapatahy yang beralamat di Blok Bayu Puteri Laksamana, Jalan Keneison, ditemui seorang lelaki yang kebetulan melalui kawasan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, lelaki terbabit yang terkejut selepas melihat mayat mangsa yang tertiarap di tepi jalan terus menghubungi polis.

Menurutnya, polis yang tiba ke tempat kejadian beberapa minit kemudian mendapati mangsa yang lengkap berpakaian mati akibat ditetak beberapa kali di tengkuk.
“Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti motif pembunuhan itu dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu dapat tampil membantu siasatan.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat,” katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...