Memaparkan catatan dengan label Pecah Amanah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pecah Amanah. Papar semua catatan

Khamis, 15 Mei 2014

Pemandu Peribadi Hadapi 484 Pertuduhan Pindah Harta Curi Lebih RM600,000


KLANG: Pemandu peribadi seorang ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas lebih 400 pertuduhan menolong memindahkan harta curi membabitkan wang lebih RM600,000.

Saidina Azzuanira Saidina Othman, 43, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam tempoh sejam oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohd Fadhly Yaacob.

Tertuduh didakwa atas 484 pertuduhan menolong memindahkan harta curi iaitu wang berjumlah RM643,897.42 ke akaun bank milik perniagaannya, Mai Trading.

Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Hong Leong Bank Bhd cawangan Pelabuhan Klang di sini antara 3 Jan 2012 dan 30 Januari 2013.

Rabu, 16 Mac 2011

Bapa, anak bebas daripada pertuduhan pecah amanah

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini melepas dan membebaskan seorang bekas pengarah eksekutif Syarikat Chin Foh Berhad dan anaknya terhadap pertuduhan pecah amanah membabitkan sebuah rumah kedai dan wang tunai berjumlah RM241,459 enam tahun lalu. 

Hakim S. M Komathy Suppiah membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan, yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya P. Viknesvaran, gagal membuktikan kes prima facie terhadap Kuan Shin @ Kuan Nyong Hin, 70, dan Kuan Pek Seng, 44.


Dalam penghakimannya, beliau berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan wujud elemen unsur kesalahan pecah amanah seperti dalam pertuduhan.

Jumaat, 11 Mac 2011

Bekas pengetua didakwa pecah amanah

GEORGETOWN - Mahkamah Sesyen Georgetown menetapkan 23 Mac ini untuk sebutan semula bagi meneruskan prosiding bicara berhubung kes pecah amanah wang berjumlah RM15,550 membabitkan seorang Pegawai Naziran Kementerian Pelajaran apabila pengakuan bersalahnya ditolak. 

Hakim, Zanol Rashid Hussin menetapkan tarikh itu bagi membolehkan tertuduh, Dr P Iskandar Abdullah, 55, melantik peguam. 

Iskandar yang pada mulanya mengaku bersalah terhadap lima pertuduhan terhadapnya yang dilakukan pada 2007 ketika dia menjawat sebagai Pengetua sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Kumbar 2, Jalan Kampung Masjid, Bayan Lepas bagaimanapun membuat rayuan setelah pengakuannya ditolak. 

Sabtu, 5 Mac 2011

Bakal dipenjara 1,120 tahun

MELAKA - Seorang juruwang sebuah bank di Alor Gajah, dekat sini, bakal berdepan hukuman penjara maksimum 1,120 tahun jika sabit kesalahan melakukan 56 pertuduhan mendepositkan cek berjumlah RM1,925,500.

Tertuduh, Roslizam Zabar, 40, bagaimanapun tidak mengaku bersalah dan mohon dibicarakan terhadap semua tuduhan dibaca jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Abu Bakar Katar di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, semalam.

Berdasarkan pertuduhan pertama pertuduhan, Roslizam seorang yang diamanah bagi semua urusan kaunter Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) Masjid Tanah dengan curangnya dan tanpa kebenaran pihak bank, didapati membuat deposit cek tidak wujud RM20,000 dan memasukkan ke dalam akaun Roslen Enterpise bernombor 04024010016444.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...