Gambar hiasan |
GEORGETOWN - Tindakan seorang lelaki menegur sekumpulan pemuda yang sedang meraikan malam Deepavali mengundang padah apabila dipukul menggunakan senjata tumpul dalam satu pergaduhan di Jalan Klinik Lama, Kampung Kovil, Kepala Batas awal pagi kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.29 pagi itu, A Rathanam, 27, yang bekerja sebagai pembantu kedai makan cedera parah di bahagian muka dan disahkan meninggal dunia selepas tujuh jam dimasukan ke Hospital Seberang Jaya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, mangsa dikatakan pergi berjumpa kumpulan berkenaan untuk bertanyakan mengapa mereka mencari anak buahnya.