Sabtu, 2 Februari 2013

Datuk Jamaluddin, Timbalan Ketua Polis Pahang baharu


KUANTAN - Ketua Jabatan Pengurusan (KPJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Datuk Jamaluddin Abd. Majid mengambil alih tugas Timbalan Ketua Polis Pahang yang baharu menggantikan Datuk Fatimah Ghazali.
Fatimah pula bertukar ke Bukit Aman sebagai Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perjawatan) Jabatan Pengurusan berkuatkuasa hari ini.
Selain itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) IPK Kedah, SAC Mohd. Zakaria Ahmad juga mengambil alih tugas Pemangku KJSJ IPK Pahang, Supt. Nordin Mustapha yang juga Timbalan KJSJ Pahang.
Majlis serah terima tugas itu diadakan di IPK Pahang dan disaksikan Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani.

Pembekal pakaian kerugian diperdaya lebih RM60,000


JOHOR BAHRU - Empat pembekal pakaian mendakwa kerugian lebih RM60,000 setelah diperdaya seorang peniaga pakaian yang kini menghilangkan diri setelah gagal melunaskan bayaran barangan yang dibeli sejak Julai tahun lepas.
Seorang daripada pembekal itu, Koh Lay Moi, 42, berkata, lelaki berumur lingkungan 40-an terbabit berjanji untuk melunaskan bayaran berjumlah RM15,000 kepadanya pada 23 Januari lepas, namun gagal berbuat demikian.

Tahanan polis mati ketika dirawat di HSAS Temerloh


TEMERLOH - Seorang lelaki yang dalam tahanan polis kerana disyaki terbabit dalam kes samun, mati ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Ahmad Shah (HSAS), Temerloh.
Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Abdul Aziz Salleh berkata, kematian lelaki berusia 43 tahun itu diklasifikasi sebagai mati mengejut selepas mengalami sesak nafas dan berlaku pendarahan dalaman, kesan daripada penyalahgunaan dadah.

Jumaat, 1 Februari 2013

Ejen hartanah rugi RM5,000 ditipu 'polis'


Ejen hartanah kerugian RM5,000 ditipu 'polis'
SELAYANG - Seorang ejen hartanah mendakwa kerugian RM5,000 akibat ditipu menerusi panggilan telefon oleh individu yang menyamar sebagai anggota polis.

Mangsa, Tan Kim Geok, 44, berkata, terdapat pihak mengambil kesempatan ke atas keluarganya selepas dia ditahan atas tuduhan mencuri barangan di sebuah pasaraya di Jinjang.

Menurutnya, sepanjang tempoh dia ditahan dilokap selama dua hari bermula 24 Januari lalu, keluarganya menerima panggilan daripada individu yang mengaku dirinya polis dan berjanji akan membantu Kim Geok.

Polis Siasat Kes Wanita Ditembak Dalam Insiden Kejar-Mengejar


SHAH ALAM: Polis sedang menyiasat tindakan sekumpulan anggota polis yang menembak sebuah kereta sewaktu insiden kejar-mengejar yang mengakibatkan kematian seorang wanita di dalam kereta itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, polis telah memulakan siasatan malah sebelum ia dibangkitkan oleh portal berita dan blog tertentu yang mendakwa tembakan itu tidak sepatutnya berlaku tanpa sebab.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...