Sabtu, 31 Januari 2015

Dua pusat beli-belah di Sibu jadi sasaran tembakan


SIBU: Dua pusat membeli-belah di sini menjadi sasaran tembakan hari ini.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Kamal Kordi berkata, tiga das tembakan dilepaskan ke arah Wisma Sanyan di Jalan Sanyan sementara sedas tembakan lagi disasarkan kepada pasar raya Premier di Jalan Kampung Nyabor.

Beliau berkata, pihaknya percaya kejadian berlaku malam tadi tetapi dilaporkan secara berasingan pada pukul 1.15 tengah hari dan 4.15 petang tadi.

Motif kejadian belum diketahui, namun tidak menolak kemungkinan ia dilakukan pihak yang sama, katanya.

Kamal berkata, polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis tersebut.

Polis meminta mereka yang mempunyai maklumat kejadian tersebut untuk tampil memberi maklumat di Balai Polis Sentral Sibu. - BERNAMA


Jumaat, 30 Januari 2015

Hati-hati kes langgar belakang kereta


KUALA LUMPUR: Sebanyak 44 kes samun kereta menerusi modus operandi melanggar bahagian belakang kereta mangsa terlebih dahulu dilaporkan berlaku sejak Jun tahun lepas di sekitar sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, antara kereta yang sering menjadi sasaran ialah Toyota Hilux, Toyota Camry dan Honda CRV.

"Kejadian dilaporkan kerap berlaku di sekitar Brickfields, Cheras dan Sentul. Kebanyakan kejadian melibatkan susur keluar bersempadan antara lebuh raya atau laluan Kuala Lumpur ke Selangor.

Polis pengiring maut dalam kemalangan


PEKAN: Seorang anggota polis pengiring yang dalam perjalanan untuk bertugas maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya merempuh seorang pejalan kaki yang juga anggota polis di Kilometer 6, Jalan Kuantan-Pekan dekat sini, tengah hari tadi.

Koperal Helmee Akhsan Yahya, 29, dari Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan maut semasa menerima rawatan di Hospital Pekan.

Pejalan kaki itu, Koperal Amran Abdullah, 48, dari Cawangan Tugas Am di IPD yang sama turut meninggal semasa mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital berkenaan pada jam 4 petang.

Khamis, 29 Januari 2015

Dua Suspek Paling Dikehendaki Dalam Kes Curi Kereta Di Buru Polis


SHAH ALAM: Polis sedang memburu dua suspek dipercayai anggota sindiket curi kenderaan mewah yang dikenali sebagai Nyo Ah Hai @ Robin Hai.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata kedua-dua suspek berada dalam senarai paling dikehendaki Bukit Aman dalam kes curi kereta berikutan Nyo yang dipenjarakan di Singapura tahun lepas.

"Lelaki yang dicari polis ialah Lee Tuck Sang@Ah Sang, 38 dan Lim Poay Weng@Romeo 43, masing-masing beralamat di Taman Bukit Mutiara Kajang, Selangor dan Desa Aulong Utama, Taiping, Perak. 

SARJAN TAMAK MENGUNDANG PADAH ?


KUALA LUMPUR: Seorang sarjan polis dihukum penjara dua tahun dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah memperoleh rasuah daripada seorang pemilik kilang pisau.

Hakim Kamardin Hashim juga memerintahkan penjara lima bulan sekiranya tertuduh, Ahmad Sazali Md Desa, 55, gagal membayar denda itu.
Dalam keputusannya, Kamardin berkata mahkamah berpuas hati rayuan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Aida Adhha Abu Bakar mempunyai merit dalam kes itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...