SHAH ALAM - Konstabel V Navindran dijatuhi hukuman penjara tiga tahun
oleh Mahkamah Sesyen di sini, selepas didapati bersalah mencederakan
suspek curi kereta, A Kugan, yang mati dalam tahanan polis pada 2009.
Hakim Aslam Zainuddin menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati
pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes
pendakwaan.
Navindran, 32, didakwa mencederakan Kugan, 23, suspek kes curi kereta mewah,yang meninggal dunia ketika berada dalam tahanan polis.
Anggota polis itu didakwa melakukan perbuatan itu di bilik soal siasat D9,Balai Polis Taipan USJ, Subang Jaya dekat sini pada pukul 7 pagi dan 4 petang,16 Jan 2009.
Navindran didakwa mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara tujuh tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.