Isnin, 11 Jun 2012

Persepsi bercanggah dengan kadar jenayah adakah benar2 menurun ???

SERDANG 10 Jun - Kehadiran pihak berkuasa di sekolah-sekolah di negara ini akan ditambah terutama pada waktu pelajar masuk dan keluar sekolah, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Kabinet minggu lepas, susulan kes penculikan kanak-kanak warga Belanda, Nayati Shamelin Moodliar, 12, yang diculik ketika berjalan kaki berseorangan ke sekolah berhampiran rumahnya. 
 
"Kita akan cuba libatkan badan sukarela termasuk Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) kerana saya percaya dengan kehadiran lebih ramai mereka di kawasan tertentu pada masa tertentu akan mengubah persepsi bercanggah dengan kadar jenayah yang menurun yang telah diumum sebelum ini," katanya hari ini.

Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan majlis Himpunan Skuad Muda Kementerian Dalam Negeri di Taman Pameran Pertanian Malaysia Serdang, di sini.

Mengenai kes penculikan di pusat membeli-belah, Hishammuddin berkata beliau akan berbincang dengan pihak berkaitan termasuk kementerian lain mengenai langkah mewajibkan pemasangan kamera litar tertutup di kompleks beli-belah. - BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...