KLANG
- Polis menahan reman seorang anggota polis trafik berusia 51 tahun
untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan berkaitan kes
kematian Koperal Mustaghni Tabri, 48, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Klang
Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, anggota trafik
berpangkat koperal itu terlibat dalam kes itu selepas dipercayai
membaling satu objek ke arah mangsa.
Mustaghni terbabit dalam insiden itu ketika bertugas dalam operasi cegah lumba haram di Lorong Bunga Raya berhampiran Kampung Raja Uda di sini pada pukul 1.45 pagi 3 Mei lalu.
"Suspek direman bermula
hari ini (semalam) sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan manakala
empat lagi anggota yang ditahan bersamanya dibebaskan dengan jaminan
polis," katanya ketika dihubungi semalam.
Mohamad yang ditanya
mengenai beberapa objek yang dirampas polis dari lokasi kejadian
memberitahu, semua objek terbabit akan dihantar ke Jabatan Kimia esok.
Sumber:kosmo