ALOR SETAR, 15 Ogos (Bernama)
-- Cubaan tiga lelaki bertopeng untuk merompak mesin ATM di sebuah bank di
Simpang Kuala dekat sini awal pagi ini gagal setelah alat penggera bank
tersebut berbunyi.
Kejadian 3.56 pagi itu dipercayai berlaku apabila suspek yang menggunakan peralatan kimpalan cuba menebuk sebuah mesin ATM untuk melarikan wang.
Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan berkata perompak berkenaan mengambil masa tiga minit untuk cuba menebuk mesin ATM itu tetapi alat penggera keselamatan berbunyi menyebabkan mereka panik.
Beliau berkata mereka terus melarikan diri dengan menggunakan sebuah kereta Proton Iswara berwarna putih dan turut membawa bersama peralatan merompak.
Katanya pergerakan mereka dirakamkan kamera litar tertutup (CCTV) di bank itu. -- BERNAMA